Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Rabu, Ogos 03, 2016

Jawapan Ulang Kaji PT3 Bahasa Malaysia - Kesalahan Tatabahasa (Bahagian 6)

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Mula-mula sekali, cikgu ingin mohon maaf kepada kalian kerana cikgu tidak akan menerbitkan jawapan bagi entri Ulang Kaji PT3 Bahasa Malaysia - Kesalahan Tatabahasa (Bahagian 6).

Cikgu dapati ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyalin isi kandungan Ulang Kaji PT3 Bahasa Malaysia - Kesalahan Tatabahasa (Bahagian 1 - Bahagian 6) dan memuat naik ke blog/laman web mereka. Apa yang sangat menyedihkan, dengan sewenang-wenangnya mereka mengaku bahawa latihan-latihan (sebanyak 60 soalan) tersebut adalah milik mereka.

Pihak berkenaan berjanji akan menerbitkan jawapan secepat mungkin dan sehingga kini gagal berbuat demikian kerana cikgu hanya sertakan jawapan sehingga Bahagian 5. Sekiranya mereka sendiri yang membuat soalan-soalan latihan, pasti mereka tahu jawapannya kan?

Harus diingat, bahan-bahan di blog ini tidak diletakkan ciri anti-copy kerana cikgu mahu memudahkan para pelajar menyalin dan menyimpan bahan-bahan yang ada di blog ini. Bukan untuk memberi kredit kepada mana-mana pihak yang mahu meraih keuntungan.

Jadi, sekiranya kalian punya masalah dengan mana-mana soalan di Bahagian 6, harap boleh berbincang dengan kawan-kawan atau tanya pada guru.

Selamat belajar! Cikgu dan team Fun Crayons akan cuba memuat naik lebih banyak bahan yang bermanfaat buat kalian.


3 ulasan:

  1. pihak mana tu meh sini nk hentam sikit

    BalasPadam
  2. nak alamat laman sesawang pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut...

    BalasPadam
  3. Bumi Gembilang selalu mencuri latihan2 dari bloq

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email