Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Selasa, Ogos 09, 2016

Kerangka Karangan - Kebaikan Rakyat Melancong di dalam Negeri

Kerangka Karangan - Kebaikan Rakyat Melancong di dalam Negeri

Soalan: Pelbagai program diadakan oleh pihak berkenaan untuk menarik minat rakyat melancong di dalam negeri. Jelaskan kebaikan rakyat tempatan melancong dalam negeri.

Pendahuluan:
  • Malaysia kaya dengan destinasi pelancongan yang indah dan menarik - industri pelancongan merupakan sumber pendapatan negara - rakyat melancong di dalam negeri - menghargai apa yang terdapat di negara kita - banyak manfaat/kebaikan

Isi-isi penting:
  • meningkatkan rasa cinta akan negara - berkunjung ke tempat bersejarah - menghayati generasi yang terdahulu berusaha untuk membangun negara - rakyat akan lebih menghargai kebebasan yang dinikmati sekarang
  • membangunkan industri pelancongan negara - membuka kawasan yang berpotensi dijadikan lokasi pelancongan - menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan - tempat pelancongan dapat dibangunkan - rakyat yang tinggal di kawasan berhampiran dapat melawat kawasan berkenaan
  • mengurangkan pengaliran mata wang ke luar negara - memajukan negara - meningkatkan taraf hidup rakyat
  • mengenali adat resam, budaya dan cara hidup rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dengan lebih dekat - berpeluang melihat bagaimana kaum lain menjalani hidup sehari-hari - mencuba makanan mereka - mewujudkan perpaduan nasional

Penutup:
pelbagai program dan kempen harus dilaksanakan - menggalakkan rakyat melancong di dalam negeri

Lihat juga: Usaha-usaha Menarik Pelancong ke Negara Kita

 Entri yang berkaitan: Kompilasi Kerangka Karangan Mengikut Tema




2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Hendak beri jawapan apa lagi, Cik Yaticheari? Sudah namanya pun kerangka karangan. Dalam menuntut ilmu, ada adab yang perlu dijaga. Kami tidak bertanggungjawab sediakan apa-apa khusus untuk anda.

      Padam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email