Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, Ogos 07, 2016

Kerangka Karangan - Sekolah Selamat

Soalan: Anda sebagai wartawan sekolah yang diminta untuk membuat liputan tentang majlis pelancaran Sekolah Selamat. Tulis berita tersebut selengkapnya.

Pendahuluan:
menyatakan tarikh dan tempat - berlangsungnya majlis pelancaran Sekolah Selamat - suasana majlis

Isi-isi penting:
  • objektif - membendung masalah disiplin dalam kalangan pelajar - mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang baik,  bebas dari ancaman - pelajar, guru dan warga sekolah yang lain berasa selamat
  • melancarkannya di sekolah-sekolah di kawasan tersebut - suasana pembelajaran yang kondusif berjalan dengan lancar - tiada gangguan 
  • merancang pelbagai program - melaksanakan usaha meningkatkan keselamatan - memasang sistem kawalan keselamatan - prosedur keselamatan sekolah dipertingkat
  • menyediakan alat pemadam kebakaran - mustahak sebagai langkah awal - mencegah kebakaran merebak - turut membuat demonstrasi menggunakan alat pmadam kebakaran - warga sekolah diajar bagaimana untuk bertindak pantas ketika berlakunya kecemasan

Penutup:
Majlis berjalan dengan lancar - mendapat reaksi yang positif - mendapat sokongan daripada ibu bapa

Lagi tentang Ciri-ciri Sekolah Selamat di sini.

Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email