Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, Ogos 07, 2016

Lisan PT3 - Cara-cara Menunjukkan Semangat Patriotik

Lisan PT3 - Patriotisme

Cara-cara Menunjukkan Semangat Patriotik
  • Apa itu semangat patriotik? perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air - semangat patriotisme merupakan perasaan taat setia kepada negara - rakyat Malaysia - banyak cara untuk menunjukkan semangat patriotik
  • bangga menjadi rakyat Malaysia - bangga dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia, sebuah negara yang aman dan makmur - mempertahankan maruah negara terutamanya apabila timbul isu melibatkan negara
  • bekerja keras dan gigih berusaha untuk mengharumkan negara dalam pelbagai bidang - sukan, akademik - menyertai acara dan pertandingan peringkat antarabangsa - bawa nama Malaysia
  • mendalami dan memahami sejarah Malaysia - mngingati jasa-jasa pejuang dan menghargai pengorbanan mereka - lawat muzium dan bangunan bersejarah - ziarah pusara mereka - beli buku biografi
  • mengaplikasikan nilai patriotisme dalam diri - mengibarkan Jalur Gemilang - berdiri tegak ketika mendengar/menyanyikan lagu 'Negaraku' - menyanyi lagu patriotik dengan bersungguh-sungguh
  • menjalinkan hubungan erat sesama anggota masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama - mengukuhkan perpaduan kaum 
  • menyertai kem jati diri - pengisian yang menyuburkan semangat patriotik - menanam semangat cinta akan negara dalam diri
  • melibatkan diri secara sukarela dalam pelbagai aktiviti - aktiviti kemasyarakatan - tunjukkan komitmen pada negara - contoh: jadi sukarelawan dalam acara sukan apabila negara kita menjadi tuan rumah, menyertai perarakan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia
  • sentiasa bekerjasama dalam menjaga keselamatan negara - melestarikan keamanan dan kemakmuran negara - tanggungjawab bersama - pilih kerjaya sebagai polis atau tentera - berkhidmat untuk negara

Boleh juga baca entri di blog ini (kredit kepada mohamadazemi2013) untuk isi tambahan dan kerangka karangan Sambutan Hari Kemerdekaan.

Dapatkan isi-isi untuk tajuk lisan PT3 yang lain di sini

4 ulasan:

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email