Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, Ogos 14, 2016

Lisan PT3 - Cintailah Sungai Kita

Lisan PT3 - Alam Sekitar

Cintailah Sungai Kita

  • sungai ibarat nadi kehidupan - sejak dahulu lagi main peranan penting dalam aktiviti harian manusia
    sumber bekalan air kepada manusia, haiwan, tumbuhan - laluan pengangkutan - dari satu tempat ke satu tempat
  • sejajar peredaran masa - aktiviti-aktiviti manusia mencemarkan sungai - sisa toksik daripada kilang - tidak dirawat dialirkan ke sungai - buang sampah ke dalam sungai - ambil mudah - beri kesan pada sungai
  • sungai tercemar dengan sampah dan sisa toksik yang membahayakan - menjejaskan hidupan akuatik - air sungai sudah tidak selamat digunakan - aktiviti harian penduduk yang bergantung pada air sungai - terganggu
  • kawasan sungai dipenuhi sampah - tersangkut/tersumbat - boleh menyebabkan banjir kilat - tidak lagi boleh dijadikan kawasan riadah/rekreasi dan pelancongan
  • aktiviti pembangunan - menarah bukit - membuka kawasan baru - air hujan akan membawa tanah ke sungai - sungai menjadi mendap dan semakin cetek - mudah sebarkan wabak penyakit - aktiviti air seperti berkayak, berkelah dan memancing sudah tidak selamat
  • cintai sungai - ambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk  pelihara dan pulihara - cegah dan bertindak sebelum keadaan menjadi lebih teruk

Baca juga - Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Sungai 
Dapatkan isi-isi untuk tajuk lisan PT3 yang lain di sini.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email