Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, Ogos 14, 2016

Lisan PT3 - Kepentingan Mematuhi Peraturan Sekolah

Lisan PT3 - Sekolah

Kepentingan Mematuhi Peraturan Sekolah

  • peraturan sekolah  sangat penting - bukan sekadar undang-undang yang perlu dipatuhi 
  • membentuk perwatakan positif dalam diri pelajar - sentiasa berpakaian kemas, menepati waktu, menyiapkan kerja rumah, saling menghormati - melahirkan pelajar yang berhemah tinggi dan berdisiplin
  • membentuk generasi berakhlak yang tidak melibatkan diri dalam gejala sosial/anasir negatif - merokok, ponteng sekolah, mengambil dadah, mencuri - patuh pada peraturan sekolah - melatih diri untuk menjadi pelajar yang baik
  • pelajar dapat lebih fokus terhadap pelajaran - apabila mematuhi peraturan dan undang-undang - tidak akan dikenakan sebarang tindakan dan hukuman - pembelajaran tidak terganggu - pelajar berdisiplin - suasana kelas terkawal - belajar dengan tenang - peroleh keputusan cemerlang dalam pelajaran
  • perlu patuhi peraturan sekolah demi keselamatan - elak kemalangan/perkara yang tidak diingini - patuhi peraturan di makmal dan bengkel, beratur dan tidak berebut ketika di kantin - peraturan yang ada perlu dipatuhi supaya tidak berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan yang menimpa pelajar
  • wujudkan hubungan harmoni dalam kalangan warga sekolah - sekolah ibarat rumah kedua - jika semua pelajar berdisiplin dan patuh pada peraturan sekolah - tidak akan wujud masalah antara pelajar dengan pelajar atau pelajar dengan guru - saling menghormati dan menghargai
  • meningkatkan imej sekolah - apabila para pelajar mematuhi peraturan sekolah - tiada masalah disiplin - pengajaran dan pembelajaran berlangsung sempurna - pelajar lebih fokus untuk cemerlang - akademik dan sukan - mengharumkan nama sekolah
  • kegagalan mematuhi peraturan sekolah bawa banyak kesan negatif terhadap pelajar- penting untuk mematuhi peraturan - pihak sekolah dan pelajar - gembleng tenaga - pastikan undang-undang dan peraturan sekolah sentiasa dipatuhi
Dapatkan isi-isi untuk tajuk lisan PT3 yang lain di sini.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email