Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Ogos 13, 2016

Pantun Kiasan, Antologi Baik Budi Indah Bahasa (Tingkatan 2) - Maksud Setiap Rangkap

Pantun Kiasan

Antologi Baik Budi Indah Bahasa 
(Tingkatan 2)

Maksud Setiap Rangkap

Rangkap 1
Perbuatan membazir adalah suatu amalan yang merugikan - barangan lama yang tidak berguna mungkin ada kegunaan lain.

Rangkap 2
Orang yang merantau selalunya akan merendah diri apabila berada di tempat orang.

Rangkap 3
Sebelum menginginkan sesuatu yang dianggap mustahil, ketahuilah tahap kemampuan dan kebolehan diri kita lebih dahulu.

Rangkap 4
Usah terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti akan berlaku.

Rangkap 5
Sikap seseorang yang sombong dengan kebolehan diri melakukan sesuatu yang sukar, apatah lagi perkara yang senang/lebih mudah.

Rangkap 6
Jangan suka membesar-besarkan kejayaan/kemenangan yang tidak seberapa.

Rangkap 7
Pendirian manusia tidak dapat dijangka dan sering berubah-ubah mengikut keadaan dan masa.

Rangkap 8
Sikap panas baran dan perasaan marah akan segera hilang dengan adanya nilai kesabaran dalam diri.

Rangkap 9
Orang yang merantau akhirnya akan kembali ke tempat asalnya semula.

Rangkap 10
Setiap perkara yang berlaku pasti ada sebab dan penjelasannya.

Rangkap 11
Menginginkan sesuatu yang besar tetapi tidak mempunyai kudrat dan keupayaan yang cukup.

Rangkap 12
Jika pengetahuan sedikit, janganlah hendak mempertikaikan orang yang lebih banyak pengetahuannya.

Rangkap 13
Menginginkan sesuatau/hasil yang belum tentu lagi diperoleh.

Rangkap 14
Jika seseorang itu malas ketika muda, pasti berlanjutan hingga ke tua. Sedangkan ketika makmur tidak senang/berada, apatah lagi ketika susah.

Rangkap 15
Seseorang yang mengidamkan sesuatu yang di luar batas kemampuannya.

Rangkap 16
Orang yang melakukan kesilapan dan dosa tetapi sudah terlambat untuk bertaubat.

Rangkap 17
Seseorang yang mempunyai rupa paras yang elok tetapi tidak berbudi bahasa.


Dapatkan material Baik Budi Indah Bahasa yang lain di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email