Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Ogos 13, 2016

Pantun Kiasan, Antologi Baik Budi Indah Bahasa (Tingkatan 2) - Kupasan

Pantun Kiasan
Antologi Baik Budi Indah Bahasa 
(Tingkatan 2)
Dapatkan maksud setiap rangkap di sini

TEMA
Sindiran dan kiasan terhadap sikap anggota masyarakat dalam kehidupan sehari-hari yang membawa kesan pada diri. Sikap yang baik akan mendatangkan kesan yang baik manakala sikap buruk dan negatif akan membawa kesan buruk dan mendatangkan kemudaratan pada diri.

PERSOALAN
  • Sikap membazir tidak digalakkan untuk diamalkan dalam kalangan masyarakat.
  • Sikap rendah diri dalam kalangan perantau apabila berada di tempat orang.
  • Sifat segelintir manusia yang mengharapkan sesuatu di luar kemampuan diri.
  • Sifat manusia yang terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti hasilnya.
  • Sifat sombong dan bangga diri akan membawa kemudaratan kepada diri sendiri.
  • Sifat sabar akan dapat melenyapkan kemarahan.
  • Perantau yang pergi jauh akhirnya akan kembali ke kampung halaman juga.
  • Sifat malas yang bermula sejak kecil akan sukar diubah apabila sudah dewasa
  • Kecantikan diri tidak berharga jika tidak berbudi bahasa.
  • Segeralah bertaubat dan insaf setelah melakukan dosa.Kegigihan mengejar kejayaan.

GAYA BAHASA
  • Hiperbola
Hujan ribut gunung terbakar,
Embun setitik padam apinya.
  • Inversi
Ikan busuk jangan dibuang;
Gila apakah ikan dilaut.
  • Penggunaan imej alam
ikan, daun, kayu, buah bacang, burung dekut, gelam, kenanga, kumbang, bunga, gunung, pokok terap, bukit, limau bentan, harimau, cicak mengkarung, bayam, ayam, punai, merbah, sungai, siput, rotan, itik, hujan, embun, bunga geti, burung, lada, air, bunga dedap.
  • Peribahasa
  1. Jangan diikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung
  2. Masakan tempua bersarang rendah
  3. Kalau kail panjang sejengkal, usah lautan hendak diduga
  4. Burung terbang dipipiskan lada
  5. Air dalam kapar tak hanyut, hanyutlah pula kemarau panjang;
  6. Bunga dedap
  7. Melukut di tepi gantang
  8. Tidak sudah seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga.
  • Personafikasi - nyawa menangis di tepi kubur.
  • Repetisi
Tikar pucuk tikar mengkuang,
Tebang gelam tebang kenanga,
Anak punai anak merbah,
  • Sinkope - nak, tak, ku, mu
  • Simile
Macam melukut di tepi gantang
Laksana gadis Menteri Bogor
Sungguh laksana bunga dedap
  • Responsi
Pokok terap tumbuh di bukit,
Jangan diharap guruh di langit
  • Perlambangan - kumbang (jejaka), bunga (gadis), perencah si daun kayu (baja)

NILAI
  1. Berjimat cermat - tidak membazir walaupun barang tersebut dianggap tidak berguna lagi.
  2. Merendah diri - mengamalkan sikap merendah diri apabila berada di tempat orang.
  3. Rasional - menggunakan akal fikiran yang waras sebelum bertindak melulu.
  4. Keberanian - berani menghadapi sebarang kemungkinan dalam perjuangan.
  5. Kesabaran - meredakan perasaan marah dengan sifat sabar.
  6. Kerajinan - sifat rajin dalam diri perlu dipupuk sejak kecil lagi.
  7. Hormat - menghormati orang yang lebih berpengetahuan daripada kita.
  8. Keinsafan - insaf dan bertaubat setelah melakukan kesilapan.

PENGAJARAN
  1. Kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukan pembaziran.
  2. Kita disarankan agar bersikap merendah diri apabila merantau ke tempat orang.
  3. Kita hendaklah tidak terlalu mengharapkan perkara yang belum pasti menjadi milik kita kerana kelak akan mengecewakan kita.
  4. Kita hendaklah tidak menyombong diri supaya tidak dibenci orang.
  5. Kita mestilah banyak bersabar untuk melenyapkan kemarahan dalam diri.
  6. Kita perlulah menghindarkan diri daripada bersikap malas sejak kecil lagi.
  7. Jika kita mempunyai pengetahuan yang sedikit, janganlah kita menentang orang yang lebih banyak pengetahuannya sebaliknya hormatilah mereka.
  8. Kita mestilah insaf dan bertaubat setelah melakukan dosa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email