Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Ogos 13, 2016

Soalan Latihan Pantun Budi, Antologi Baik Budi Indah Bahasa

Pantun Budi
Antologi Baik Budi Indah Bahasa 
(Tingkatan 2)
Dapatkan maksud setiap rangkap di sini.  
Kupasan Pantun Budi di sini.

Latihan 1
  
1.   Berdasarkan Pantun Budi di atas, mengapakah budi bahasa diberi keutamaan oleh masyarakat? [3 markah]
   
2.   Nyatakan perkara yang ingin disampaikan dalam rangkap ketiga Pantun Budi. [3 markah]

3.   Banyak persoalan yang terkandung dalam Pantun Budi. Nyatakan dua persoalan yang dapat diperoleh daripada pantun tersebut. [3 markah]

4.   Aspek budi bahasa amat penting dalam kehidupan kita. Pada pendapat anda, apakah kepentingan rakyat Malaysia berbudi bahasa? [4 markah]
   
5.   Amalan berbudi bahasa semakin dipinggirkan oleh masyarakat di negara kita. Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat? [4 markah] 


Semak jawapan anda di sini.


Dapatkan material Baik Budi Indah Bahasa yang lain di sini.

1 ulasan:

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email