Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Ogos 13, 2016

Soalan Latihan Pantun Kiasan, Antologi Baik Budi Indah Bahasa

Pantun Kiasan
Antologi Baik Budi Indah Bahasa 
(Tingkatan 2)
Dapatkan maksud setiap rangkap di sini.  
Kupasan Pantun Kiasan di sini
Latihan 1
1.   Kemukakan dua kritikan pemantun terhadap sikap masyarakat seperti yang terdapat dalam pantun tersebut. [3 markah]

2.   Banyak pengajaran yang ingin disampaikan melalui Pantun Kiasan. Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut. [3 markah]

3.   Banyak nilai murni yang disampaikan melalui Pantun Kiasan. Nyatakan dua nilai murni yang terdapat dalam pantun tersebut berserta contoh yang sesuai. [3 markah]

4.   Kita disarankan supaya berjimat cermat agar tidak berlakunya pembaziran. Pada pendapat anda, apakah kebaikan amalan berjimat cermat? [4 markah] 

5.   Merendah diri merupakan amalan yang terpuji. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu merendah diri ketika merantau di tempat orang? [4 markah]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email