Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Selasa, Ogos 02, 2016

Tips Menjalani Oral PT3

Tips untuk Oral PT3 - Reading and Speaking


Reading Test
  1. Duduk/ambil kedudukan yang selesa. Duduk dengan tegak. 
  2. Jangan terus membaca sebaik sahaja mendapat petikan. Ambil beberasa saat untuk bertenang dan pandang petikan untuk dapatkan gambaran umum. Pastikan jarak kamu dengan petikan tidak terlalu jauh hingga menyukarkan kamu untuk membaca.
  3. Tarik nafas dan mula baca petikan dengan yakin. Baca petikan dengan suara yang kuat (tetapi tidak perlu menjerit).
  4. Baca dengan jelas. Usah baca terlalu laju atau terlalu perlahan.
  5. Titik beratkan pada sebutan (pronunciation) dan kelancaran kamu apabila membaca (fluency). Berikan penekanan tertentu pada intonasi bacaan supaya bacaan kamu tidak kendengaran monoton dan membosankan.
  6. Sekiranya ada perkataan yang kamu tidak tahu cara sebutannya, jangan berhenti membaca. Elakkan tergagap-gagap - cuba baca perkataan tersebut sebaiknya dengan cara yang kamu rasa paling sesuai.


Speaking Test
  1. Duduk/ambil kedudukan yang selesa. Duduk dengan tegak. Ambil nafas dan bertenang.
  2. Mula bertutur apabila disuruh oleh guru. Berikan respons yang sesuai dengan soalan/topik yang diutarakan.
  3. Gunakan bahasa yang ringkas dan mudah (yang kamu sendiri faham) agar kamu dapat bertutur dengan lebih baik, dengan lebih yakin.
  4. Bertutur dengan jelas, jangan terlalu cepat atau terlalu lambat. Jangan 'kulum' perkataan.
  5. Elakkan guna vocalizer seperti "urmmmm,.." "aahhhhh" "ohhhhh" "ermmmmmm"...
  6. Elakkan penggunaan slanga atau perkataan yang tidak formal seperti "yupppp",..."ya"...
  7. Cuba sehabis baik untuk menggunakan sistem bahasa yang betul ketika bertutur - pertimbangkan simple present tense, past tense dan sistem bahasa yang lain sewajarnya.
  8. Walau bagaimanapun, usah terlalu risau dengan sistem bahasa hingga menjejaskan kelancaran pertuturan kamu. Bertuturlah dengan yakin, terus bercerita dan menghurai topik yang diberi dengan baik sehingga guru menyuruh kamu berhenti.
  9. Ingat, semakin banyak kamu bertutur, semakin tinggi peluang untuk mendapat markah.
  10. Jika kamu kurang bercakap/berhenti sebelum waktunya, guru akan menanyakan soalan yang berkaitan untuk menyuruh kamu terus bertutur.
  11. Semakin kurang kamu bertutur, lebih banyak kamu berdiam, semakin sedikit markah yang akan kamu peroleh.

 Material lain untuk Oral PT3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email