Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Rabu, September 21, 2016

Pelanduk Mengajar Memerang, Baik Budi Indah Bahasa (Tingkatan 2) - Sinopsis

Pelanduk Mengajar Memerang
Baik Budi Indah Bahasa (Tingkatan 2)

SINOPSIS
Nabi Allah Sulaiman mempunyai lima dan yang paling bijak ialah sang pelanduk yang bergelar Syah Alam di Rimba (SAR). Pada suatu hari, SAR terjumpa lubang memerang. Terdapat tujuh ekor anak memerang yang ditinggalkan ibu bapa yang keluar mencari ikan. Kebetulan, Sang Bubut memukul gendang perang, lalu SAR membuka pencak silat sehingga terpijak semua anak memerang hingga mati. SAR lantas beredar dan menyembunyikan diri. Tatkala ibu bapa memerang pulang, mereka mendapati ada kesan tapak kaki dan tahu kesan tersebut kepunyaan SAR. Kedua-duanya berpakat menghadap Nabi Sulaiman.

Bertindak atas aduan memerang, Nabi Sulaiman menitahkan belatuk memanggil SAR menghadap, lalu ditanyakan motif tindakannya? SAR menjelaskan bahawa dia menyangka Sang Bubut memukul gendang perang, maka secara tidak sengaja dia terpijak anak-anak memerang. Sang Bubut yang dipanggil memberitahu dia melihat biawak berlari-lari sambil membawa pedang terhunus. Sang biawak pula memaklumkan dia melihat labi-labi berenang secara senget sambil membawa perisai. Sang labi-labi ternampak Sang Udang membawa tombak bercanggah. Sang udang berbuat demikian kerana melihat Sang Seberau mudik berikat pinggang melengkung.

Sang Seberau kemudiannya menjelaskan kepada Nabi Sulaiman perihal anak isteri yang dianiaya Sang Memerang. Baginda murka terhadap memerang yang akhirnya mengaku salah. Nabi Sulaiman membuat keputusan bahawa tindakan SAR sebagai diat (nyawa dibalas nyawa) dan pesalah sebenar ialah memerang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email