Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Rabu, September 21, 2016

Roti, Antologi Baik Budi Indah Bahasa (Tingkatan 2) - Maksud Setiap Rangkap

Roti
Antologi Baik Budi Indah Bahasa 
(Tingkatan 2)


Dari cerobong dapur
asap berjelaga berkepul
terkecur liur
harum berbau juadah tersohor.
Perut yang lapar
selera kian menggelepar
menanti roti dibakar
rangup dan segar
terhidang seumpama permaidani terhampar. 

Kala roti di depan mata
nafsu makan pun bergelora
berkeping-keping menggegar selera
perut pun kenyang terasa
tenang bersendawa

Bagi pemilik iman di dada
sendawa itu tidak sempurna
masih ada beban di bahu mereka
warga miskin belum terbela
masih merintih lapar dahaga.

Bila begitu selamanya
kalimah syukur pun jelas tertera
di hati sanubari warga dunia
melangit damai dirasa
percikan iman segar berwarna.

(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa,
Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)

Maksud Setiap Rangkap
Rangkap 1
Melalui sebuah dapur yang bercerobong asap, roti yang sedang dibakar membangkitkan selera penulis. Penulis terliur dek bau roti yang harum.

Rangkap 2

Selera untuk makan roti bertambah apabila menanti roti siap dibakar, kemudian melihat roti yang rangup dan baru dimasak terhidang di depan mata.

Rangkap 3

Tatkala roti dihidangkan di hadapan mata, selera penulis kian bertambah. Penulis menikmati roti sehingga kenyang dan bersendawa.

Rangkap 4

Bagi orang yang beriman dan mempunyai sifat kemanusiaan yang tinggi, selepas berasa kenyang mereka akan teringat akan warga miskin yang tidak mempunyai makanan. Orang yang beriman memikirkan tanggungjawab membela orang miskin.

Rangkap 5

Jika ramai orang yang beriman dan bersyukur, maka berkuranglah orang yang menderita di dunia ini. Kedamaian akan dapat dirasai oleh semua malah masa depan akan jadi bertambah baik.

Dapatkan material Baik Budi Indah Bahasa yang lain di sini.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email