Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Oktober 08, 2016

Jawapan Latihan Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk (Bahagian 6)

Jawapan Latihan Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk (Bahagian 6)

Lihat soalannya di sini.

Bahagian 1
Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi ayat majmuk.
  1. Adakah kamu hendak ke hospital atau klinik sahaja?
  2. Halim tidak pernah berkunjung ke rumah saya walaupun dia tinggal di sebelah rumah saya.
  3. Sekolah-sekolah di luar bandar diberikan kemudahan komputer supaya/agar para pelajar dapat melayari internet.
  4. Jefri atau Hamsyar yang mewakili sekolah dalam kejohanan olahraga peringkat daerah?
  5. Datuk pergi ke stor lalu mengambil cangkul.
  6. Ayah sedang mengait buah rambutan manakala abang membantunya menyapu daun-daun kering.
  7. Kakak sedang mengemas dapur sambil mendengar radio.
  8. Syamil memberitahu rakan baiknya bahawa dia tidak dapat hadir di majlis hari jadi Faiz kerana pulang ke kampung.
  9. Regina dan Thea akan menyertai lawatan ke Pulau Langkawi.
  10. Ariyan masuk ke kelas kami lalu mengedarkan borang penyertaan kokurikulum.
  11. Saya datang lewat ke sekolah kerana bas sekolah yang saya naiki rosak.
  12. Budak-budak itu tetap bermain bola di padang walaupun cuaca agak terik.
  13. Zahid ke kedai buku kerana hendak membeli buku Sains.
  14. Pak Ismail mengaut sampah di dalam longkang itu lalu membuang sampah itu ke dalam plastik sampah.
  15. Suzana dan Amir  menghadiri kelas tambahan pada setiap hari Jumaat.


*Perkataan 'walaupun' boleh juga ditukar kepada:
  • biarpun
  • meskipun
  • sungguhpun
  • kendatipun


Bahagian 2
Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi tiga ayat majmuk sahaja.


[Fenomena pencemaran alam semakin membimbangkan. Fenomena ini berlaku di Malaysia. Fenomena ini berlaku di seluruh dunia.]

Fenomena pencemaran alam yang berlaku bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia semakin membimbangkan.


[Hampir setiap hari media cetak menyiarkan berita hangat tentang pencemaran. Hampir setiap hari media elektronik menyiarkan berita hangat tentang pencemaran.]

Hampir setiap hari media cetak dan elektronik menyiarkan berita hangat tentang pencemaran.


[Pencemaran ini bukan sahaja terhad pada satu kategori seperti pencemaran darat. Terdapat juga pencemaran air, udara dan bunyi juga.]

Pencemaran ini bukan sahaja terhad pada satu kategori seperti pencemaran darat tetapi terdapat juga pencemaran air, udara dan bunyi.


Bahagian 3
Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

Golongan remaja yang terlalu asyik melayari internet sering kali menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer. Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan pelajaran. Mereka memberikan alasan hendak mencari maklumat tetapi sebenarnya melayari laman-laman yang tidak berfaedah.

  1. Golongan remaja terlalu asyik melayari internet.
  2. Golongan remaja sering kali menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer.
  3. Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.
  4. Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut mengabaikan tanggungjawab terhadap pelajaran.
  5. Mereka memberi alasan hendak mencari maklumat.
  6. Sebenarnya mereka melayari laman-laman yang tidak berfaedah.

Cuba buat latihan-latihan di bawah juga.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email