Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Rabu, Oktober 05, 2016

Jawapan Ulang Kaji PT3 BM - Ayat Aktif dan Ayat Pasif (Bahagian 3)

Entri soalannya di sini.

Jawapan Ulang Kaji PT3 BM - Ayat Aktif dan Ayat Pasif (Bahagian 3) 

  1. Nasi sedang ditanak oleh Puan Ramlah di dapur.
  2. Ketupat dianyam oleh Aizat dan abangnya di atas pangkin.
  3. Beg Hermes dibeli oleh Syazira di Amerika Syarikat.
  4. Hidangan makan malam dinikmati oleh peserta-peserta rombongan itu di tepi laut.
  5. Mata pelajaran Sejarah diajar oleh Encik Mujahid.
  6. Kertas peperiksaan dijawab oleh para pelajar dengan tenang.
  7. Tanah terbiar di hujung kampung diusahakan oleh penduduk Kampung Melati.
  8. Masa bercuti dihabiskan oleh Faizal dengan anak-anaknya.
  9. Puteri Julia dihadiahkan oleh baginda sebuah kereta mewah.
  10. Rencana tentang warisan budaya masyarakat Melayu saya tulis.
  11. Semua tingkap di bilik itu dilap olehnya semalam.
  12. Bantuan kepada fakir miskin dihulurkan oleh hartawan itu.

Cuba latihan ayat aktif dan ayat pasif yang lain di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email