Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Rabu, Oktober 05, 2016

Jawapan Ulang Kaji PT3 BM - Ayat Aktif dan Ayat Pasif (Bahagian 4)

Entri latihannya di sini.

Jawapan Ulang Kaji PT3 BM - Ayat Aktif dan Ayat Pasif (Bahagian 4)

  1. Pemandangan sawah padi yang indah nian kamu lukis.
  2. Bantuan kepada warga emas harus kita hulurkan.
  3. Zaidi telah dilantik oleh mereka sebagai ketua kumpulan untuk mengusahakan tanaman buah naga.
  4. Semak-samun di belakang rumah kamu tebas menggunakan parang.
  5. Pekedai yang menaikkan harga barangan akan dikenakan denda oleh pihak penguat kuasa.
  6. Sebuah kedai mencetak pakaian akan dibuka oleh Manisha di Petaling Jaya.
  7. Khemah dibina oleh mereka di kawasan air terjun.
  8. Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doktor yang berkaca mata itu.
  9. Dian dihadiahkan oleh Aini sebuah novel.
  10. Bas sekolah dipandu oleh Encik Aminudin sejak sepuluh tahun lalu.
  11. Beberapa buah lukisan telah disiapkan oleh artis itu untuk dihantar ke galeri seni.
  12. Sepatu baru yang dibeli oleh Clarisa sedang dicubanya.

Cuba latihan ayat aktif dan ayat pasif yang lain di sini.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email