Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Rabu, Oktober 05, 2016

Jawapan Ulang Kaji PT3 BM - Ayat Aktif dan Ayat Pasif (Bahagian 5)

Entri latihannya di sini.

Jawapan Ulang Kaji PT3 BM - Ayat Aktif dan Ayat Pasif (Bahagian 5)

  1. Sebatang pokok sedang ditebang oleh Nabil di belakang rumah.
  2. Bola itu ditendang oleh Amirul dengan kuat.
  3. Bungkusan pakaian kotor itu dihantar oleh Azlina ke kedai dobi.
  4. Nasi kerabu yang sedap itu sedang dimasak oleh Norihan.
  5. Gambar pemandangan di dalam Gua Niah telah dilukis oleh Dian.
  6. Bilik tidur telah dikemas oleh Zurin malam tadi.
  7. Banjir kilat disebabkan hujan berterusan.
  8. Kain itu belum dijahit oleh Badariah sejak dibeli di London.
  9. Perbelanjaan sektor pengurusan akan ditambah oleh kerajaan.
  10. Pokok bunga di halaman rumah sedang disiram oleh Puan Fatimah.
  11. Novel kami pinjam dari perpustakaan bergerak.
  12. Aktiviti gempur minda telah disertai oleh peserta-peserta kursus kepimpinan selama tiga jam.

Cuba latihan ayat aktif dan ayat pasif yang lain di sini.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email