Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Selasa, Oktober 04, 2016

Soalan Latihan Pantun Budi - Latihan 3

Pantun Budi
Antologi Baik Budi Indah Bahasa 
(Tingkatan 2)

Dapatkan maksud setiap rangkap di sini.  
Kupasan Pantun Budi di sini.
Pantun Budi

Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Yang kurik kundi,
Yang merah saga,
Yang baik budi,
Yang indah bahasa.

Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali,
Hina besi kerana karat,
Hina maanusia tidak berbudi.

Bunga cina di atas batu,
Jatuh daunnya ke dalam ruang,
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.

Anak beruk di tepi pantai,
Pandai melompat pandai menari,
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Padang Temu Padang Baiduri,
Tempat raja membangun kota,
Bijak bertemu dengan jauhari,
Bagai cincin dengan permata.


(Dipetik daripada Antologi Baik Budi, Indah Bahasa, 
Tingkatan 2, 
Arah Pendidikan Sdn. Bhd. ) 
(i) Berdasarkan Pantun Budi di atas, mengapakah budi bahasa diberi keutamaan oleh masyarakat? [3 markah]
   
(ii) Banyak persoalan yang terkandung dalam Pantun Budi. Nyatakan dua persoalan yang dapat diperoleh daripada pantun tersebut. [3 markah]
   
(iii) Amalan berbudi bahasa semakin dipinggirkan oleh masyarakat di negara kita. Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat? [4 makah] 

Semak jawapan di sini.


Cuba buat Latihan 1 dan Latihan 2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email