Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Selasa, Oktober 04, 2016

Soalan Latihan Sajak Roti - Latihan 1

Roti
Antologi Baik Budi Indah Bahasa 
(Tingkatan 2)


Dari cerobong dapur
asap berjelaga berkepul
terkecur liur
harum berbau juadah tersohor.
Perut yang lapar
selera kian menggelepar
menanti roti dibakar
rangup dan segar
terhidang seumpama permaidani terhampar. 
Kala roti di depan mata
nafsu makan pun bergelora
berkeping-keping menggegar selera
perut pun kenyang terasa
tenang bersendawa
Bagi pemilik iman di dada
sendawa itu tidak sempurna
masih ada beban di bahu mereka
warga miskin belum terbela
masih merintih lapar dahaga.
Bila begitu selamanya
kalimah syukur pun jelas tertera
di hati sanubari warga dunia
melangit damai dirasa
percikan iman segar berwarna.
(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa,
Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)
 
 
(i) Nyatakan dua gambaran penyajak terhadap golongan miskin yang terdapat dalam sajak tersebut. [3 markah]

(ii) Banyak nilai yang dapat diperoleh daripada sajak Roti. Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam sajak tersebut beserta contoh yang sesuai. [3 markah]

(iii) Sebagai manusia, kita perlu sentiasa bersyukur. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Tuhan? [4 markah]
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email