Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Rabu, November 09, 2016

Pelanduk Mengajar Memerang, Baik Budi Indah Bahasa (Tingkatan 2) - Kupasan Bahagian 2

Pelanduk Mengajar Memerang
Baik Budi Indah Bahasa (Tingkatan 2)


Kupasan Bahagian 2
Dapatkan Sinopsis di sini dan Kupasan Bahagian 1 di sini.

LATAR

Latar Tempat
  • Hutan rimba -  (i) kawasan Syah Alam di Rimba memerintah (ii) kawasan Syah Alam di Rimba membuat lawatan ke wilayah pemerintahannya.
  • Kota istana - Singgahsana Nabi Allah Sulaiman di kota istana.
  • Lubang - Tempat tinggal ibu, bapa dan anak-anak memerang.
  • Lubuk - Tempat tinggal Sang Seberau dan anak-anak.

Latar Masa
  • Zaman dahulu - Zaman pemerintahan Nabi Allah Sulaiman adalah pada zaman dahulu.
  •  Siang hari - Ibu dan bapa memerang pergi menghadap Nabi Allah Sulaiman pada waktu siang.
  •  Sebelah petang - Ibu dan bapa memerang pulang ke lubang pada waktu petang.
  •  Sebelah malam. Ibu dan bapa memerang berbincang lalu membuat keputusan untuk berjumpa dengan Nabi Allah Sulaiman pada waktu malam.

Latar Masyarakat
  • Masyarakat haiwan yang tinggal di hutan rimba. Contoh - Syah Alam di Rimba, Sang Memerang, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, Sang Udang, dan Sang Seberau merupakan masyarakat binatang yang tinggal di hutan rimba.
  •  Masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Contoh - Sang Memerang begitu tamak menangkap ikan untuk dijadikan makanan tanpa memikirkan nasib ikan-ikan tersebut.
  • Masyarakat yang bersikap jujur terhadap pemerintah. Contoh - Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang biawak, Sang Udang dan Sang Memerang bercakap benar di hadapan Nabi Allah Sulaiman.
  • Masyarakat yang patuh dan taat akan pemerintah. Contohnya -  Ibu dan bapa memerang taat akan perintah Nabi Allah Sulaiman yang mengarahkan mereka supaya membuat pengakuan terhadap kesalahan yang telah dilakukan terhadap anak-anak Sang Teberau.
  • Masyarakat yang sentiasa bersedia untuk menjaga dan memastikan keselamatan pemerintah. Contoh - Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak dan Sang Udang sentiasa bersedia menggalas tugas masing-masing apabila merasakan bahawa Nabi Allah Sulaiman diancam oleh pihak musuh.
  • Masyarakat yang pantas bertindak. Contoh - Burung belatuk pantas melaksanakan perintah Nabi Allah Sulaiman supaya memanggil haiwan-haiwan lain untuk datang menghadap baginda.
  • Masyarakat yang mengakui kesilapan diri. Contoh - Ibu dan bapa memerang membuat pengakuan atas kesalahan yang telah dilakukan di hadapan Nabi Allah Sulaiman.



WATAK DAN PERWATAKAN

Syah Alam di Rimba (Pelanduk)
  • Dilantik oleh Nabi Allah Sulaiman menggalas jawatan menteri.
  • Menteri yang terkenal dek kerana kebijaksanaannya.
  • Bertanggungjawab menjalankan tugas sebagi menteri dengan melawat wilayah pemerintahannya.
  • Bijak untuk memberikan kesedaran kepada memerang.
  • Mahir bersilat.
  • Syah Alam di Rimba patuh dan taat  kepada pemerintah, iaitu Nabi Allah Sulaiman.
  • Mudah berasa risau jika anak buahnya ditimpa sebarang masalah.
  • Jujur dan bercakap benar ketika berhadapan dengan Nabi Allah Sulaiman.

Sang Memerang (Memerang)
  • Mempunyai tujuh orang anak.
  • Menjadikan ikan sebagai makanan.
  • Sangat tamak terutamanya dalam hal makanan.
  • Ibu dan bapa yang bertanggungjawab - keluar mencari makanan untuk anak-anak. 
  • Mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan nasib yang menimpa orang lain.
  • Taat kepada perintah Nabi Allah Sulaiman supaya mengaku salah.
  • Mengakui kesilapan dan penganiayaan  yang telah dilakukan terhadap anak-anak Sang Seberau.

Nabi Allah Sulaiman
  • Seorang pemerintah yang rakyatnya terdiri daripada manusia, jin, dan binatang.
  •  Melantik lima Perdana Menteri dalam urusan pemerintahan baginda.
  •  Bijak menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh semua rakyatnya.
  • Tenang dan tidak terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan.
  • Pemerintah yang adil.
  • Tegas dalam membuat keputusan.


GAYA BAHASA
  • Penggunaan bahasa Arab - Nabi Allah Sulaiman Alaihissalam, Allah Subhanahuwataala, kudrat-Nya, taalif
  • Penggunaan bahasa istana - bersemayam, singgahsana, patik, baginda, titah, tuanku, beta
  • Penggunaan bahasa klasik - Sebermula, Hatta, pacal
  •  Sinkope - Sang Biawak membawa pedang tercabut saja berlari-lari; jadi kepada...
  •  Repetisi
...Sebab pun Sang Bubut memalu gendang perang itu, oleh kerana engkau membawa pedang bercabut konon; jikalau begitu engkau membawa pedang bercabut itu, musuh mana akan datang melanggar beta ini?

...Sebab patik mudik membawa perisai itu, patik lihat Sang Udang pun bersama membawa perisai itu, patik lihat Sang Udang pun bersama membawa tombak bercanggah mudik.

...Kepada fikiran patik tentulah Duli yang Maha Mulia kedatangan musuh yang besar, patik pun bersiaplah akan perisai patik.

NILAI
  1. Keberanian. Contohnya, semua binatang yang terlibat dengan kematian anak-anak memerang berani datang menghadap Nabi Allah Sulaiman.
  2. Keadilan. Contohnya, Nabi Allah Sulaiman adil dalam membuat keputusan berkaitan Syah Alam di Rimba dan Sang Memerang. Nabi Allah Sulaiman memutuskan Syah Alam di Rimba tidak bersalah. Anak-anak memerang teraniaya disebabkan ibu dan bapa memerang juga telah menganiaya anak-anak Sang Seberau.
  3. Kejujuran. Contohnya, setiap binatang yang dipanggil oleh Nabi Allah Sulaiman bercakap benar dan jujur di hadapan baginda.
  4. Kebijaksanaan. Contohnya, Nabi Allah Sulaiman bijak menyelesaikan masalah dengan cara yang tenang dan adil.
  5. Keprihatinan. Contohnya, Syah Alam di Rimba prihatin dengan kehidupan anak-anak buahnya dan mengambil berat akan masalah-masalah yang melanda mereka.
  6. Tanggungjawab. Contohnya, ibu dan bapa memerang keluar mencari makanan untuk anak-anak memerang. Syah Alam di Rimba rajin melawat kawasan wilayah pemerintahannya.
  7. Kepatuhan. Contohnya, mak dan bapa memerang patuh akan perintah Nabi Allah Sulaiman supaya membuat pengakuan terhadap kesalahan yang telah dilakukan terhadap anak-anak Sang Sebarau.
  8.  Kesedaran. Contohnya, mak dan bapa memerang sedar akan penganiayaan yang telah dilakukan terhadap anak-anak Sang Sebarau.

PENGAJARAN
  1. Kita hendaklah menjadi pemimpin yang prihatin terhadap kehidupan rakyat.
  2. Kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang ancaman daripada pihak musuh.
  3. Kita hendaklah patuh dan taat akan setiap arahan pemerintah.
  4. Kita hendaklah membuat keputusan dengan adil dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemerintah.
  5. Kita hendaklah mencari bukti-bukti yang kukuh dan jelas terlebih dahulu sebelum membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.
  6. Kita hendaklah menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab.
  7. Kita mestilah bijak untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melanda rakyat dengan baik.
  8. Kita mestilah berkata dengan jujur apabila kita dihadapkan ke muka pengadilan.
  9. Kita hendaklah sedar akan kesalahan yang telah kita lakukan. 

Dapatkan material Baik Budi Indah Bahasa yang lain di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email