Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, Januari 08, 2017

Jawapan - Latihan Ayat Tanya (Latihan 1)

Latihan 1


Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
(Jawapan yang bertulisan merah.)

1. Adakah Cikgu Zaidi yang akan menjadi guru pengiring kalian sepanjang lawatan itu?
Ya, Cikgu Zaidi yang akan menjadi guru pengiring kami sepanjang lawatan itu.


2. Mengapakah Aina layak dipilih sebagai ketua kelas?
Aina layak dipilih sebagai ketua kelas kerana dia seorang pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab.


3. Apakah yang amat merisaukan para suri rumah?
Harga barangan yang semakin meningkat amat merisaukan para suri rumah.


4. Siapakah yang berjaya memenangi pertandingan catur itu?
Peserta hebat dari Selangor telah berjaya memenangi pertandingan catur itu.


5. Siapakah yang membantu nenek berniaga di pasar malam?
Pak Cik Murad, anak bongsu nenek yang membantunya berniaga di pasar malam.


6. Benarkah kakak awak akan melanjutkan pelajaran di Mesir?
Benar. Kakak saya akan melanjutkan pelajaran di Mesir.


7. Siapakah yang bertanggungjawab menyemai minat membaca dalam jiwa anak-anak?
Ibu bapa yang bertanggungjawab menyemai minat membaca dalam jiwa anak-anak.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email