Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Khamis, Januari 12, 2017

Kerangka Karangan - Sambutan Hari Guru

Contoh Soalan:
Sekolah anda baru sahaja mengadakan sambutan Hari Guru. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan sambutan Hari Guru tersebut.

Pendahuluan:

  • Format surat kiriman tidak rasmi - menyatakan keadaan diri dan bertanyakan khabar tentang diri sahabat

Isi-isi:
  • Tujuan surat ditulis - cerita mengenai sambutan Hari Guru peringkat sekolah - disambut pada 16 Mei - acara yang disambut meriah setiap tahun - hargai jasa para guru
  • Acara dimulai dengan perhimpunan dan ucapan perutusan - para pelajar dan guru mendengar dengan teliti ketika teks ucapan perutusan dibacakan
  • Semua pergi ke padang sekolah - pertandingan antara guru dan pelajar - bola sepak, bola jaring, badminton dan acara sukaneka seperti lari dalam guni, bawa telur dengan sudu dan tarik upih.
  • Kembali ke dewan untuk acara persembahan - menyaksikan bakat-bakat terpendam - persembahan guru dan pelajar - tarian, nyanyian, persembahan memainkan alat muzik, sketsa dan deklamasi puisi - semuanya menghiburkan
  • Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan, pemberian hadiah oleh murid kepada guru-guru - seterusnya guru-guru diraikan dalam satu jamuan ringan

Penutup:
  • Menulis setakat itu sahaja - meminta kawan menceritakan sambutan Hari Guru di sekolahnya pula - ucapan terima kasih - kirim salam kepada ahli keluarganya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email