Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Selasa, Januari 31, 2017

Pantun Nasihat, Baik Budi Indah Bahasa - Maksud Setiap Rangkap

Pantun Nasihat
Antologi Baik Budi Indah Bahasa


Rangkap 1
Tanam balik buah peria,
Buah peria mahal sekali,
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali.

Jika hendak membuat pekerjaan yang baik, janganlah berlebih-lebihan sehingga tidak kena pada tempatnya. Perbuatan yang jahat pula hendaklah dihindarkan sama sekali.


Rangkap 2


Ketua-ketua raja duduk,
Jangan ditimpa papan,
Diketahui ganja itu mabuk,
Apakah sebab maka dimakan?

Sikap manusia yang tahu akan keburukan sesuatu perkara, tetapi tetap mahu mencuba/ mengambil/melakukannya. Sesuatu yang haram dan memabukkan hendaklah dijauhi sama sekali.


Rangkap 3

Meninjau berpadi masak,
Batang kapas bertimbul jalan,
Hati risau dibawa gelak,
Bagai panas mengandung hujan.

Usah terbawa-bawa dengan perasaan sedih dan runsing.


Rangkap 4


Pulau di balik Pulau Gosong,
Pandan di Jawa diranggungkan,
Jangan kata terdorong-dorong,
Badan dan nyawa menanggungkan.


Jaga pertuturan jangan sampai melampaui batas hingga kita terpaksa menanggung akibatnya.


Rangkap 5


Hangus bertih berwarna merah,
Mari dituang ke dalam kain,
Suami yang letih usah dimarah,
Kelak terbang ke bunga lain.

Seseorang isteri hendaklah mengelakkan diri daripada memarahi suami yang  keletihan kerana dikhuatiri si suami akan mencari perempuan lain.


Rangkap 6


Anak Cina membawa surat,
Dari Perak langsung ke Deli,
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak dijual beli.

Kita hendaklah hidup beradat ketika di dunia dan mengangkat nilai bahasa yang menjadi amalan sehari-hari.


Rangkap 7


Pisang kelat digonggong helang,
Jatuh ke lubuk Inderagiri,
Jikalau berdagang ke rantau orang,
Baik-baik membawa diri.

Orang yang merantau dan berkelana dinasihatkan agar pandai membawa diri di tempat orang.


Dapatkan material Baik Budi Indah Bahasa yang lain di sini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email