Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Februari 04, 2017

Jawapan Soalan Latihan Pantun Budi (Latihan 1)

Jawapan Soalan Latihan Pantun Budi (Latihan 1)

Soalan 1
Berdasarkan Pantun Budi di atas, mengapakah budi bahasa diberi keutamaan oleh masyarakat? [3 markah]

Skema jawapan:
Budi bahasa diberi keutamaan kerana:

  • Mencerminkan diri dan keperibadian seseorang-budi bahasa yang baik menandakan seseorang itu mempunyai keperibadian yang baik.
  • Orang yang berbudi bahasa akan disenangi, sentiasa dikenang dan menjadi sebutan.
  • Martabat sesuatu bangsa/masyarakat dinilai dari segi budi bahasa dan tutur kata yang digunakan sehari-hari.


Soalan 2
Nyatakan perkara yang ingin disampaikan dalam rangkap ketiga Pantun Budi. [3 markah] 

Rujuk nota maksud setiap rangkap di sini.
Guna ayat dan perkataan kamu sendiri untuk membuat jawapan.



Soalan 3
Banyak persoalan yang terkandung dalam Pantun Budi. Nyatakan dua persoalan yang dapat diperoleh daripada pantun tersebut. [3 markah]

Lihat kupasan Pantun Budi di sini.
Pilih mana-mana dua persoalan dan huraikan guna ayat sendiri.


Soalan 4
Aspek budi bahasa amat penting dalam kehidupan kita. Pada pendapat anda, apakah kepentingan rakyat Malaysia berbudi bahasa? [4 markah]

Skema jawapan:
Kepentingan rakyat Malaysia berbudi bahasa:

  • mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum - akan saling menghormati dan dapat hidup harmoni
  • membentuk masyarakat dan rakyat yang berpekerti - berhemah tinggi
  • rakyat yang berbudi bahasa dapat mencerminkan nilai masyarakat yang baik dan positif - meningkatkan imej negara di mata dunia


Soalan 5
Amalan berbudi bahasa semakin dipinggirkan oleh masyarakat di negara kita. Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat? [4 markah] 

Skema jawapan:
Langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat:

  • ibu bapa semaikan nilai berbudi bahasa sejak kecil dalam jiwa anak-anak - praktikkan nilai berbudi bahasa dalam aspek kehidupan harian
  • sekolah menyambung menyuburkan nilai berbudi bahasa dalam kalangan murid/pelajar - di dalam kelas sewaktu pembelajaran berlangsung dan di luar kelas - adakan Bulan/Minggu Budi Bahasa
  • kerajaan lancarkan pelbagai kempen budi bahasa secara berterusan dan menyeluruh - menggalakkan setiap ahli masyarakat mengamalkan sikap berbudi bahasa dan berhemah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email