Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Selasa, Februari 07, 2017

Kerangka Karangan - Peranan Ibu Bapa dalam Usaha Mendidik Anak-anak ke arah Kecemerlangan Hidup

Contoh soalan:
Ibu bapa berperanan penting dalam usaha mendidik anak-anak ke arah kecemerlangan hidup. Bincangkan.

Pengenalan:
Kecemerlangan anak-anak bukan boleh diusahakan sehari dua - ibu bapa memainkan peranan penting dalam usaha mendidik anak-anak ke arah kecemerlangan hidup

Isi-isi penting:

  • ibu bapa paling hampir dengan anak-anak - banyak masa anak-anak dengan ibu bapa mereka - sewajarnya peranan mengasuh anak-anak perlu digalas oleh ibu bapa sebaiknya
  • ibu bapa mudah berhubung dan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak mereka - lebih memahami setiap ragam/kerenah mereka
  • ibu bapa mestilah memberi didikan agama dan moral yang sempurna kepada anak-anak
  • ibu bapa perlu sentiasa berdamping dengan anak-anak - ambil tahu dan bertanyakan masalah yang anak-anak mereka hadapi
  • ibu bapa mestilah menjelaskan keburukan-keburukan atau gejala negatif yang perlu dijauhi oleh anak-anak 
  • ibu bapa perlu menanamkan dalam jiwa dan minda anak-anak agar sentiasa berusaha untuk mencapai cita-cita dan target dalam hidup


Penutup:
ibu bapa bertanggungjawab dan memainkan peranan besar dalam mencorakkan kecemerlangan anak-anak semenjak kecil.




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email