Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, Februari 05, 2017

Pantun Nasihat, Baik Budi Indah Bahasa - Kupasan

Pantun Nasihat
Baik Budi Indah Bahasa

Kupasan | Maksud Setiap Rangkap di sini.

TEMA
Nasihat yang dijadikan panduan hidup kepada masyarakat agar sentiasa melakukan kebaikan. Kelakuan buruk atau tidak baik dalam masyarakat akan membawa keburukan dalam kehidupan.


PERSOALAN
  • Melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan.
  • Melakukan perbuatan haram dan tidak baik akan membawa kemudaratan.
  • Tidak boleh terbawa-bawa dengan perasaan sedih dan runsing.
  • Berhati-hati ketika bertutur kata kerana jika boleh mengundang padah pada diri sendiri.
  • Persefahaman antara suami dengan isteri mampu menjamin kebahagiaan rumah tangga.
  • Budi bahasa dan menghormati adat amat penting dalam kehidupan bermasyarakat.
  • Orang yang hidup merantau mestilah pandai menyesuaikan diri di tempat orang.


GAYA BAHASA
  • Anafora
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali.

  • Inversi
i. Buat jahat jangan sekali.
ii.Suami yang letih usah dimarah.

  • Imej/Unsur Alam - buah peria, padi,  kapas, panas, hujan, pulau, bertih 
  • Perlambangan - 'bunga' melambangkan perempuan
  • Repetisi 
i. Tanam balik buah peria, Buah peria mahal sekali.
ii. Pengulangan kata 'jangan'
iii. Pengulangan 'di'

  • Simile - Bagai panas mengandung hujan.
  • Asonansi
Ketua-ketua raja duduk
Buat baik berpada-pada
Baik-baik membawa diri

  • Aliterasi
Buat baik berpada-pada
Jikalau berdagang ke rantau orang
Pisang kelat digonggong helang


NILAI
  1. Berhemah tinggi - melakukan perkara kebaikan dan mengelak daripada melakukan kemungkaran.
  2. Rasional - membuat pertimbangan wajar sebelum melakukan sesuatu perkara sama ada perkara tersebut membawa kebaikan atau memberikan kemudaratan kepada diri.
  3. Ketabahan - tabah mendepani masalah dan dugaan hidup tanpa terbawa-bawa perasaan risau.
  4. Berbudi bahasa - berbudi bahasa dan menghormati adat dalam kehidupan harian.
  5. Hormat - menghormati orang lain dengan menjaga pertuturan agar tidak menyinggung perasaan mereka.
  6. Toleransi dan memahami - seorang isteri yang baik akan sentiasa bertoleransi dan memahami keadaan suami. 
  7. Berwaspada - sentiasa berhati-hati apabila merantau ke tempat orang.

PENGAJARAN
  1. Kita hendaklah sentiasa melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada melakukan kemungkaran.
  2. Kita hendaklah bijak membuat pertimbangan wajar sebelum memutuskan untuk melakukan sesuatu perkara.
  3. Kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang haram dan ditegah demi hidup yang lebih sempurna.
  4. Kita hendaklah tidak terlalu bersedih dengan dugaan yang menimpa diri kerana perbuatan tersebut akan memudaratkan diri sendiri.
  5. Kita mestilah menghormati orang lain dengan menjaga tutur kata supaya diri kita tidak menerima akibatnya.
  6. Seorang isteri mestilah bersikap toleransi dan menjaga hati suami supaya rumah tangga sentiasa bahagia.
  7. Kita hendaklah sentiasa berbudi bahasa dan menghormati adat istiadat supaya dipandang mulia oleh masyarakat.
  8.  Orang yang hidup berdagang mestilah sentiasa menjaga tingkah laku apabila berdagang di tempat orang supaya tidak menimbulkan masalah dan rasa kurang senang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email