Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, Mac 05, 2017

[KOMSAS Tingkatan 3] Kijang yang Lelah - Kupasan

KOMSAS Tingkatan 3
Antologi - Bintang Hati

Kijang yang Lelah - Wan Marzuki Wan Ramli
Maksud Setiap Rangkap di sini.


KUPASAN

TEMA
Keperitan hidup seekor kijang tua dalam mengharungi kehidupan setelah habitatnya hampir musnah disebabkan penebangan pokok-pokok di hutan demi pembangunan.

PERSOALAN
  • Ketabahan menghadapi ujian dalam hidup.
  • Kecekalan dalam menghadapi hari-hari tua.
  • Sikap berhati-hati/berjaga-jaga dalam menjalani kehidupan seharian.
  • Hak setiap makhluk dan ciptaan Tuhan untuk hidup selesa di muka bumi.
  • Kerakusan manusia demi pembangunan sehingga sanggup memusnahkan hutan.
  • Kekuatan fizikal dan mental amat penting untuk meneruskan hidup yang penuh cabaran.
  • Kewarasan akal dan kekuatan hati akan membantu seseorang menghadapi kehidupan yang penuh mencabar.

BENTUK
  • Bebas
  • Mempunyai empat rangkap.
  • Setiap rangkap mempunyai bilangan baris yang  berbeza.
  • Bilangan perkataan bagi setiap baris - 2 hingga 7 patah kata.
  • Bilangan suku kata - 4 - 17 suku kata
  • Rima akhir - bebas

NADA
Melankolik

GAYA BAHASA
  • Aliterasi
Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki. (konsonan k)
  • Asonansi 
Seakan dibelenggu setiap inci jiwa. (vokal i)
Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba. (vokal a)
  • Personifikasi
i. Sebak menyentap dahan kalbu
ii. Menghambat waktu yang bersisa
  • Metafora - dahan kalbu, dedaun resah, pepohon batin, perdu harap, temulang kudrat
  • Inversi - Diredah belantara yang mula teduh
  • Hiperbola - Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema.
  • Kata ganda - berhati-hati

NILAI
  • Ketabahan
  • Kecekalan
  • Waspada
  • Dedikasi
  • Rasional
  • Kesederhanaan
  • Keikhlasan
  • Bijaksana

PENGAJARAN
  1. Kita mestilah tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan sehari-hari.
  2. Kita perlulah cekal menghadapi hari tua dan menghabiskan sisa usia.
  3. Kita sewajarnya mengamalkan sikap berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.
  4. Kita mestilah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara demi manfaat bersama tanpa menindas mana-mana pihak.
  5. Kita seharusnya menggunakan kewarasan akal fikiran dalam melaksanakan sebarang tindakan.
  6. Kita perlulah menyeimbangkan pembangunan dan penjagaan alam sekitar agar tidak memusnahkan habitat haiwan liar.
  7. Kita mestilah reda menerima ketentuan takdir dengan hati yang ikhlas dan terbuka.
  8. Kita seharusnya bijak menangani masalah yang menimpa kita dalam kehidupan sehari-hari

Dapatkan material Antologi - Bintang Hati yang lain di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email