Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Jumaat, Mac 03, 2017

[KOMSAS Tingkatan 3] Santap Istiadat (Za'ba) - Kupasan

KOMSAS Tingkatan 3
Antologi - Bintang Hati

Santap Istiadat - Za'ba - Kupasan
Dapatkan maksud setiap rangkap di sini.


TEMA
Adab sopan, tatacara makan dan minum di dalam majlis perlu mengikut tertib berpandukan didikan generasi terdahulu.


PERSOALAN
  • Adap sopan dan etika ketika menjamu selera dalam sesuatu majlis atau keraian.
  • Cara-cara menjamu selera dengan betul.
  • Kepatuhan terhadap sesuatu peraturan.
  • Masyarakat Melayu yang mengutamakan tatasusila dan nilai kesopanan ketika makan dan minum.
  • Khazanah masyarakat kita yang kaya dengan peraturan berharga. 
  • Kepentingan beradab sopan ketika menjamu selera dan rahsia yang tersembunyi di sebalik sesuatu peraturan.
  • Kehebatan masyarakat zaman dahulu yang sangat menjaga adab ketika makan.

BENTUK
  • Bebas. Tidak terikat.
  • Lima rangkap
  • Tiada bilangan baris yang tetap dalam setiap rangkap.
  • Setiap baris seloka ialah masksud.
  • Setiap baris seloka mempunyai tiga hingga lima patah perkataan
  • Bilangan suku kata dalam baris setiap seloka ialah antara tujuh hingga empat belas perkataan.
  • Rima akhirnya bebas.

GAYA BAHASA
  • Asonansi
Ketujuh berkumur-kumur (Vokal u)
Di dalam riwayat zaman yang silam (Vokal a)
  • Aliterasi
Santap santun dengan aturan (Konsonan n)
Sampai ke mulut mamah perlahan (Konsonan m)
  • Anafora
Santap beradat, santap istiadat,
Santap raja di majlis kebesaran,
Santap merai, hormat-menghormati
  • Repetisi - Santap beradat, santap istiadat
  • Personifikasi
i. kelat jatuh ke rengkungan
ii.seri naik ke peroman
  • Kata ganda - hormat-menghormati, mulia-memuliakan, berkumur-kumur, buah-buahan
  • Penggunaan kata arkaik - peroman

NILAI
  1. Kepatuhan 
  2. Kesopanan
  3. Kesabaran
  4. Kesederhanaan
  5. Hormat-menghormati

PENGAJARAN
  1. Kita hendaklah mengikut peraturan ketika makan, mendahului perkara yang utama, diikuti dengan perkara-perkara selanjutnya.
  2. Kita hendaklah beradap sopan sewaktu menjamu selera.
  3. Kita perlulah makan dengan sabar dan tenang (tidak gelojoh) serta mengikut etika makan.
  4. Kita mestilah bersederhana semasa makan dengan tidak mengambil makanan secara berlebihan.
  5. Kita hendaklah saling menghormati antara satu sama lain ketika sedang menjamu selera dalam sesuatu majlis.


Dapatkan material Antologi - Bintang Hati yang lain di sini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email