Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Khamis, Mac 09, 2017

[KOMSAS Tingkatan 3] Syair Burung Nuri - Maksud Setiap Rangkap

KOMSAS Tingkatan 3
Syair Burung Nuri, Antologi Bintang Hati

Kredit Imej

Maksud Setiap Rangkap

Rangkap 1 
Penyair meluahkan hasrat untuk menyampaikan sesuatu idea melalui syair meskipun sedar karyanya itu punya banyak kelemahan.

Rangkap 2
Penyair dengan rendah diri mengaku bahawa dia seorang yang serba kekurangan, tidak pandai malah miskin dan tidak berharta.

Rangkap 3
Penyair memohon maaf atas kekurangan dan kelemahan yang terdapat dalam karyanya.

Rangkap 4
Penyair menyatakan yang dia menggunakan syair sebagai wadah/medium untuk menyuarakan apa-apa yang tersirat di hati.

Rangkap 5
Penyair berkongsi dengan pembaca tentang nasibnya yang kerap dirundung malang,

Rangkap 6
Penyair menceritakan pengalamannya pergi merantau ke seluruh pelosok negeri dalam keadaan lapar dan dahaga.

Rangkap 7
Penyair berasa sangat sedih mengenangkan keadaan hidupnya yang serba kekurangan.

Rangkap 8
Terbawa-bawa akan kesedihannya, penulis merasakan lebih baik dia mati daripada terus hidup.


Dapatkan material Antologi - Bintang Hati yang lain di sini.


1 ulasan:

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email