Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Isnin, Mac 06, 2017

Latihan Pantun Nasihat, Antologi Baik Budi Indah Bahasa

Pantun Nasihat, Antologi Baik Budi Indah Bahasa


Latihan 1

1. Berdasarkan Pantun Nasihat tersebut, nyatakan dua nasihat yang terkandung dalam rangkap pertama pantun. [3 markah]

Bimbingan jawapan:
Rujuk nota Maksud Setiap Rangkap di sini. Tulis jawapan menggunakan ayat kamu sendiri.


2. Banyak nilai yang dapat diperoleh daripada petikan Pantun Nasihat. Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam pantun tersebut berserta contoh yang sesuai. [3 markah]

Bimbingan jawapan:

NILAI
  1. Berhemah tinggi - melakukan perkara kebaikan dan mengelak daripada melakukan kemungkaran.
  2. Rasional - membuat pertimbangan wajar sebelum melakukan sesuatu perkara sama ada perkara tersebut membawa kebaikan atau memberikan kemudaratan kepada diri.
  3. Ketabahan - tabah mendepani masalah dan dugaan hidup tanpa terbawa-bawa perasaan risau.
  4. Berbudi bahasa - berbudi bahasa dan menghormati adat dalam kehidupan harian.
  5. Hormat - menghormati orang lain dengan menjaga pertuturan agar tidak menyinggung perasaan mereka.
  6. Toleransi dan memahami - seorang isteri yang baik akan sentiasa bertoleransi dan memahami keadaan suami. 
  7. Berwaspada - sentiasa berhati-hati apabila merantau ke tempat orang.
Pilih dua/tiga daripada nilai-nilai di atas dan tulis jawapan berserta contoh selengkapnya.


3. Kita digalakkan untuk melakukan kebaikan sesama manusia. Buat kesimpulan tentang kepentingan kita melakukan kebaikan sesama manusia. [4 markah]

Bimbingan jawapan:
Berbuat kebaikan sesama manusia merupakan amalan yang terpuji - pentingnya - (i) dapat mewujudkan masyarakat yang hidup harmoni, saling membantu antara satu sama lain - (ii) pertolongan/kebaikan kita dapat meringankan beban orang lain yang memerlukan - (iii) dapat mengubah hidup/mendorong orang lain untuk turut melakukan kebaikan.


Dapatkan kupasan Pantun Nasihat di sini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email