Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Selasa, April 04, 2017

KOMSAS Tingkatan 3 - Pesan Ibu Beribu-ribu (Maksud Setiap Rangkap)

KOMSAS Tingkatan 3
Pesan Ibu Beribu-ribu (Rahman Shaari), Antologi Bintang Hati


Maksud Setiap Rangkap

Rangkap 1
Penyajak memaklumkan pembaca bahawa setiap kita memiliki seorang insan bergelar ibu yang banyak berpesan kepada kita.

Rangkap 2
Antara pesan ibu - menyuruh kita membaca buku, melakukan sesuatu dengan betul, memilih kawan yang betul, mengawal pergerakan dan tingkah laku serta sentiasa menjaga kesihatan.

Rangkap 3
Penyajak menyatakan bahawa temannya telah kehilangan kekasih dan telah melakukan kesilapan dalam hidup.

Rangkap 4
Temannya itu menyatakan kekesalan kerana tidak mendengar oesanan-pesanan ibunya sebelum ini.

Rangkap 5
Penyajak berasa yakin yang setiap satu nasihat dan pesanan ibunya adalah betul dan berguna. Oleh itu, dia tidak akan jemu mendengar kata-kata ibunya.

Dapatkan material Antologi - Bintang Hati yang lain di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email