Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Rabu, April 05, 2017

KOMSAS Tingkatan 3 - Pesan Ibu Beribu-ribu (Kupasan)

KOMSAS Tingkatan 3
Pesan Ibu Beribu-ribu (Rahman Shaari), Antologi Bintang Hati



TEMA
Mengenai seorang ibu yang tidak jemu berpesan dan menasihati anak kesayangannya agar tidak tersalah memilih haluan hidup.


PERSOALAN
  • Harapan seorang ibu terhadap anaknya.
  • Ketaatan dan kepatuhan seorang anak kepada ibu bapa.
  • Pentingnya peranan seorang ibu dalam membimbing kehidupan seorang anak.
  • Kegigihan seorang ibu dalam mengasuh anak-anak dengan baik.
  • Pentingnya mendengar dan mematuhi kata-kata ibu yang lebih dahulu makan garam.

NADA - Melankolik


BENTUK


  • Bebas
  • Terdiri daripada lima rangkap.
  • Bilangan baris setiap rangkap tidak sama.
  • Bilangan patah perkataan setiap baris antara satu hingga tujuh patah kata.
  • Bilangan suku kata antara dua hingga 16 suku kata.
  • Rima akhir bebas


GAYA BAHASA

  • Asonansi
Yang mana permata, yang mana kaca (pengulangan 'a')
kerana kehilangan kekasih (pengulangan 'e')

  • Aliterasi
Mengenangkan nasib temanku ini (pengulangan 'n')
Buat begini jangan begitu (pengulangan 'b')

  • Anafora
Si Bedul sudah ditangkap
Si Bedul di dalam lokap.

  • Inversisempurna seorang ibu
  • Repetisitapi ibu tetap ibu
  • Sinkope - kuyakini , janjiku
  • Perlambangan - musang berbulu arnab
  • Hiperbola - kawan berhantu

NILAI

  1. Kasih sayang
  2. Kesungguhan
  3. Kebijaksanaan
  4. Keinsafan
  5. Tanggungjawab
  6. Ketaatan
  7. Kesyukuran

PENGAJARAN

  1. Kita mestilah menunjukkan rasa kasih terhadap anak-anak dengan mengambil berat tentang mereka.
  2. Kita hendaklah rajin dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu.
  3. Kita perlu bijak memilih sahabat yang boleh memberikan tunjuk ajar bukannya yang mempengaruhi kita melakukan perkara buruk.
  4. Kita sewajarnya sedar akan kesalahan diri dan berasa insaf, tidak akan mengulanginya pada masa akan datang.
  5. Kita mestilah menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik.
  6. Kita wajarlah sentiasa taat dan patuh mendengar nasihat ibu bapa.
  7. Kita hendaklah bersyukur kerana dikurniakan ibu yang penyayang.

Dapatkan material Antologi - Bintang Hati yang lain di sini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email