Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Khamis, April 27, 2017

Tugasan Sejarah PT3 2017 - Peristiwa Bersejarah | MENETAPKAN TAJUK

Tugasan Sejarah PT3 2017 - Peristiwa Bersejarah | MENETAPKAN TAJUK

Tajuk Kajian

Tajuk kajian perlu ditentukan sendiri oleh calon. Langkah pertama ialah calon memilih peristiwa bersejarah yang ingin dikaji. Peristiwa bersejarah yang boleh dipilih termasuklah acara/kegiatan/aktiviti/sambutan yang diadakan di kawasan kajian seperti festival, pertandingan, gotong-royong, pembinaan masjid, majlis perasmian dan kejohanan sukan. Calon juga boleh memilih untuk mengkaji bencana atau tragedi yang pernah berlaku di kawasan terbabit misalnya banjir, kemarau dan kemalangan maut yang meragut banyak nyawa.

Setelah mengenal pasti peristiwa bersejarah dan kawasan yang dipilih, olah sendiri tajuk agar sesuai dengan kehendak tugasan dan dapat menggambarkan hasil kajian calon secara kasar.

Contoh:
  • Tragedi Kebakaran Kilang Mercun di Sungai Buloh
  • Acara Run For Fund Bukit Rahman Putra 
  • Kejohanan Jet Sport Tasik Biru Kundang
  • Banjir Kilat di Kundang

37 ulasan:

  1. Saya ada soalan. Jika saya ingin buat tentang sejarah tentang ukm boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yang dimaksudkan dengan sejarah UKM? Maksud Nurin sejarah penubuhan UKM?

      Padam
  2. Boleh x buat sejarah pasal penemuan yang bersejarah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakah penemuan itu lokasinya di kawasan tempat tinggal anda?

      Padam
  3. Macam mana nak buat teks/skrip temuramah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulis dalam perenggan pendahuluan serba sedikit mengenai siapa yang ditemu bual, apa kaitannya dengn peristiwa bersejarah. Kemudian, tulis kandungan temu ramah dalam bentuk dialog (macam buat karangan dialog/wawancara)

      Padam
  4. Blh Bgi contoh peristiwa bersejarah di shah alam x??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh pilih sebarang acara besar seperti kejohanan sukan atau festival yang diadakan di Shah Alam. Boleh juga pilih hari pembukaan muzium atau kompleks taman seni Islam

      Padam
  5. Maaf..anak sy tk tau nk mula mcmna...utk folio ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mula-mula, Puan minta anak pilih satu peristiwa bersejarah di kawasan kediaman Puan. Kemudian, mula kumpul maklumat berdasarkan kehendak soalan. Boleh klik di sini http://lynk.my/xvYf.

      Yang penting kumpul maklumat, nanti pelajar akan dibimbing oleh guru dari semasa ke semasa.

      Padam
  6. Saya ingin buat tentang penubuhan tudm subang,boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya tidak ada masalah. Asalkan lokasinya berhampiran tempat tinggal :)

      Padam
  7. saya ada soalan... boleh tak kalau saya nk buat tentang penubuhan sekolah kebangsaan saya??? Sy nk buat tajuk tu sbb saya bangga kerana sk tersebut telah genap 100 thn sjk sk tu ditubuhkan. Selain itu, sy juga berbangga dgn sk tersebut krn saya merupakan generasi ke-3 yg bersekolah di sekolah itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jika dapat mengumpul maklumat-maklumat yang berkaitan. Adik kena kenal pasti sama ada mahu tulis peristiwa bersejarah:

      i. Hari Penubuhan/ Perasmian Sekolah

      ataupun

      ii. Hari Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Sekolah yang ke-100

      Jika tidak pasti, bincang lebih lanjut dengan guru ye.

      Padam
    2. Kalau saya buat tentang hari perasmian sekolah... dan dalam laporan tu saya masukkan lakaran sekolah banguanan lama sk itu n gambar buku rampaian yang digunakan pelajar tahun pertama sk itu... boleh tak?

      Padam
    3. Nyatakan dalam laporan, kemudian masukkan dalam bahagian lampiran.

      Padam
  8. saya ada soalan... boleh tak kalau kerja khusus tu saya nk buat tentang penubuhan sekolah rendah saya... Sy nk buat tajuk tu sbb sk tersebut telah genap 100 thn sjk sk tu ditubuhkan. Selain itu, sy juga merupakan generasi ke-3 yg bersekolah di situ...

    BalasPadam
  9. ada sikit soalan. Majlis Pelancaran Program Nilam sesuai untuk dibuat tugasan ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bincang lebih lanjut dengan guru kerana adik kena ingat, peristiwa bersejarah ini perlu berlaku di kawasan tempat tinggal.

      Padam
    2. kerana cikgu cakap lebih selamat jika buat aktiviti dlm sekolah.Jika begitu,sesuai tak tajuk tu ?

      Padam
    3. Jika cikgu sudah beri lampu hijau untuk buat aktiviti dalam sekolah, tidak jadi masalah. Boleh pilih tajuk berkenaan :)

      Padam
  10. Saya kene buat tntg sekolah saya je.. Sbb saya budak asrama��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika begitu, fikirkan acara/peristiwa bersejarah di sekolah adik.Contohnya Sambutan Jubli Emas/Jubli Perak, Penganjuran Kejohanan Sukan Peringkat Negeri dll.

      Padam
    2. Jika menulis mengenai Sambutan Jubli Emas Sekolah yang diadakan sepanjang tahun dengan beberapa acara, adakah kita mesti memilih salah satu daripada acara sahaja sebagai "peristiwa" bersejarah atau boleh kah kita menulis peristiwa jubli sekolah dengan beberapa acara yang diadakan?

      Padam
  11. boleh x saya pilih sambutan hari kemerdekaan di sekolah saya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekiranya guru adik izinkan memilih acara di sekolah, tak ada masalah. Boleh.

      Padam
  12. Apakah perbezaan antara kesan dan iktibar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesan - akibat, apa yang ditanggung (perkara baik atau buruk) ekoran peristiwa yang berlaku.

      Iktibar - pengajaran yang boleh diambil melalui peristiwa yang berlaku.

      Padam
  13. boleh tak kalau tulis pasal peristiwa hari sukan sekolah? peristiwa tu boleh jugak ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh sekiranya guru izinkan tulis mengenai peristiwa/aktiviti sekolah :)

      Padam
  14. -A-

    umm kalo keluarga saya ada 2 rumah,satu kat selangor satu kat kl,slalu tinggal kat selangor jarang2sgt gi kl,boleh x buat peristiwa di kl?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak pasti dan tak berani nak beri kata putus. Sila bincang dengn guru mata pelajaran ye.

      Padam
  15. subang mana ada peristiwa sejarah ???

    BalasPadam
  16. subang mana ada peristiwa bersejarah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba cari mana-mana aktiviti/acara/sambutan yang diadakan di Subang. Contohnya: Hari Belia, Kempen Alam Sekitar, Majlis Rumah Terbuka Penduduk Setempat, Kejohanan Sukan, Jualan Amal dll.

      Padam
  17. blh x saya buat tajuk perang naning sebab saya tinggal di alor gajah, melaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Pastikan kamu dapat cari maklumat dan bahan-bahan rujukan yang diperlukan.

      Padam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email