Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Khamis, Julai 06, 2017

Cara Melukis Peta Lakar Menggunakan Google Maps

Cara Melukis Peta Lakar Menggunakan Google Maps

Langkah pertama, pergi ke https://www.google.com.my/maps/. Anda akan dibawa ke paparan ini. Masukkan nama kawasan kajian anda.


Kawasan kajian akan muncul dalam peta. Peta ini sudah boleh digunakan untuk membuat draf peta lakar. Tetapi, untuk memudahkan anda menghasilkan peta yang lebih baik, klik ikon 'Satelite' (kotak empat segi di bahagian bawah peta).


Kali ini, anda akan dibawa melihat kawasan kajian anda melalui paparan satelit. Paparan ini lebih jelas untuk anda mengenal pasti ciri-ciri fizikal dan budaya di kawasan kajian. Gunakan butang laras '+' dan '-' (bertanda dengan anak panah merah di bawah) untuk membesarkan atau mengecilkan paparan.



Setelah berpuas hati dengan saiz paparan kawasan kajian, 'right click' pada tetikus dan pilih 'Print'.


Akan muncul paparan begini. Masukkan nama kawasan sebagai tajuk peta dan tekan butang 'Print'.


Setelah dicetak, langkah seterusnya ialah melukis peta berdasarkan cetakan.

Proses Menyurih Peta
Terdapat dua cara yang boleh digunakan:

1. Menggunakan Kertas Surih (Tracing Paper)

Kertas Surih

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Peta kawasan kajian yang telah dicetak
  • Kertas surih (Tracing Paper)- Boleh didapati di kedai alat tulis atau kedai menjual alat jahitan
  • Kertas A4
  • Pensel yang tajam

Langkah-langkah:

Kredit
  1. Letakkan kertas surih di atas peta kawasan kajian yang telah dicetak. Kepil dengan klip kertas (jika mahu) supaya kertas tidak bergerak.
  2. Mula surih (tekap) peta dengan menggunakan pensel. Gunakan pensel yang tajam dan berdakwat pekat.
  3. Setelah selesai, terbalikkan kertas surih dan mula buat 'tracing marks' menggunakan pensel mengikut garisan-garisan peta yang kita tekap tadi. Dalam erti kata lain, kita warnakan atau 'shade' bahagian belakang peta yang dilukis supaya jadi 'dakwat'/karbon untuk dipindahkan ke kertas A4. Contoh seperti di bawah:

Apabila sudah membuat 'tracing marks', ambil kertas A4. Letakkan kertas surih di atas kertas A4 dan ikut garisan peta sekali lagi. Kali ini lakaran peta akan dapat dipindahkan ke atas kertas A4 kerana kita telah buat 'tracing marks' di belakang kertas surih. Setelah selesai, lengkapkan peta anda.


2. Menggunakan Kertas Karbon (Carbon Paper)

Cara kedua ini lebih cepat berbanding cara menggunakan kertas surih. Tetapi, hasilnya kurang kemas kerana kertas karbon boleh meninggalkan tanda yang agak comot dan tidak boleh dipadam.


Bahan-bahan yang diperlukan:

Kertas karbon

  • Peta kawasan kajian yang telah dicetak
  • Kertas Karbon (Carbon Paper) - Boleh didapati di kedai alat tulis
  • Kertas A4
  • Pensel yang tajam

Langkah-langkah:
  1. Letakkan kertas A4 paling bawah, diikuti dengan kertas karbon dan paling atas ialah peta kawasan kajian yang telah dicetak. Kertas karbon perlu berada di tengah-tengah dan bahagian berkarbon berada di bawah (kena pada kertas A4).
  2. Ikut garisan-garisan di atas peta menggunakan pensel yang tajam. Pastikan anda tekan sedikit semasa membuat garis supaya kertas karbon dapat memindahkan garisan peta dengan lebih jelas.
  3. Setelah selesai, lengkapkan peta anda.

Dapatkan bahan rujukan dan material Kerja Kursus Geografi 2017 - Peta Lakar yang lain di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email