Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Khamis, Julai 06, 2017

Geografi PT3 2017 Peta Lakar - Mentafsir Peta Lakar

Mentafsir peta lakar sepatutnya tidak menjadi masalah besar kepada calon kerana kemahiran ini telah dipelajari semasa di Tingkatan 1. Sila rujuk buku teks Geografi Tingkatan 1 atau mana-mana buku rujukan Geografi PT3 untuk bimbingan lanjut.

Langkah-langkah Mentafsir Peta Lakar
  1. Perhatikan tajuk peta untuk mendapatkan gambaran ringkas tentang kawasan peta.
  2. Memerhatikan petunjuk arah mata angin utara bagi menentukan kedudukan dan arah-arah tempat dalam peta.
  3. Memerhatikan petunjuk peta untuk mengetahui ciri-ciri fizikal dan ciri-ciri budaya yang terdapat dalam peta.
  4. Memerhatikan skala untuk mengira jarak.
  5. Mengenal pasti ciri-ciri fizikal dan ciri-ciri budaya untuk mengetahui taburannya.
  6. Mentafsir saling kaitan antara ciri-ciri fizikal dengan ciri-ciri budaya.


Memandangkan calon sendiri yang menyediakan peta lakar (telah arif mengenai peta lakar tersebut), apa yang penting adalah untuk calon menunjukkan saling kaitan antara ciri-ciri fizikal dengan ciri-ciri budaya.

Melalui peta lakar, maklumat-maklumat ini boleh diperoleh:

  • Bentuk muka bumi
Contoh tafsiran yang boleh dibuat:
  1. Kampung X terletak di kawasan pinggir laut kerana lokasinya yang berhampiran dengan Laut Y.
  2. Kawasan X adalah rata dan rendah. Hal ini dapat dilihat melalui aktiviti pertanian yang merupakan kegiatan utama di kawasan X dan keadaan jalinan jalan raya yang lurus. 
  3. Sebahagian besar kawasan T ialah kawasan tanah pamah kecuali di bahagian barat laut yang terdapat tanah tinggi.
  4. Sungai D mengalir dari arah .... ke arah .....
  5. Getah ditanam di kawasan kaki bukit kerana mempunyai bentuk muka bumi yang landai.

  • Tumbuhan semula jadi
Contoh tafsiran yang boleh dibuat: 
  1. Tumbuhan semula jadi utama di kawasan ini ialah hutan paya bakau yang terletak di bahagian selatan kawasan X.
  2. Di bahagian utara Kampung H terdapat kawasan hutan paya bakau.

  • Tanaman utama 
 Contoh tafsiran yang boleh dibuat: 
  1. Tanaman utama di kawasan X ialah getah.
  2.  Bekalan air dari tali air membolehkan padi ditanam dua kali setahun.
  3. Kelapa ditanam di kawasan pinggir pantai yang bertanah pasir.

  • Jaringan pengangkutan
 Contoh tafsiran yang boleh dibuat:
  1. Jalan raya merupakan kaedah pengangkutan utama yang digunakan oleh penduduk untuk berulang-alik, mengangkut barang keperluan harian dan mengangkut hasil pertanian.
  2. Landasan kereta api dibina di kawasan rendah. 
  3. Jambatan dibina merentangi Sungai R supaya jalan raya dapat dibina di atasnya.

  • Corak petempatan dan pola penduduk
 Contoh tafsiran yang boleh dibuat: 
  1. Petempatan utama di kawasan X ialah Kampung Y dan Kampung Z.
  2. Petempatan berpusat terletak di Kampung V.
  3. Kampung V berperanan sebagai pusat pentadbiran daerah kerana terdapat pejabat daerah.
  4. Pola petempatan di Kampung Y yang terletak di ladang getah ialah pola berselerak.
  5. Taburan penduduk di kawasan X tidak sekata.
  6. Penduduk berselerak di kawasan penanaman getah di Kampung Q manakala di kawasan paya bakau tidak mempunyai penduduk.
  7. Petempatan berjajar terdapat di sepanjang jalan raya dan tali air.

  • Pekerjaan atau Kegiatan Ekonomi
Contoh tafsiran yang boleh dibuat: 
  1. Pertanian merupakan bidang pekerjaan yang utama di kawasan X kerana terdapat penanaman getah, kelapa sawit dan kelapa.
  2. Kebanyakan penduduk di Kampung V bekerja di kilang getah dan kelapa sawit.
  3. Aktiviti menangkap ikan dijalankan oleh kebanyakan penduduk Kampung S kerana mereka tinggal di pinggir laut.
  4. Peranan utama Pekan P ialah mengumpul hasil pertanian, hasil perlombongan dan sebagai pusat pentadbiran.
  5. Kuari menunjukkan kegiatan perlombongan batu dijalankan di kawasan C.
  6. Kawasan hutan di Kampung E membolehkan aktiviti pembalakan dijalankan.



Setelah mentafsir peta, tulislah isi-isi yang telah dikumpul dalam beberapa perenggan. Cuba karang isi sebaik mungkin menggunakan ayat dan perkataan anda sendiri.

Dapatkan bahan rujukan dan material Kerja Kursus Geografi 2017 - Peta Lakar yang lain di sini.
 

4 ulasan:

  1. Terima kasih. Ini memudahkan say untuk membuat rujukan untuk tafsiran.

    BalasPadam
  2. Terima kasih,bolehlah saya jadikan sebagai rujukan

    BalasPadam
  3. terima kasih.sekarang saya boleh buat tafsiran dengan mudah

    BalasPadam
  4. Thnks memudhkn sya untk mncri ayt yg tpt dan bgus

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email