Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Isnin, Julai 10, 2017

Geografi PT3 2017 Peta Lakar - Usaha untuk Mengatasi Halangan di Kawasan Berlorek

Geografi PT3 2017 Peta Lakar 

Usaha untuk Mengatasi Halangan di Kawasan Berlorek

Setelah analisis maklumat borang kaji selidik yang telah diedarkan kepada responden, calon perlu persembahkan data mengenai cara atau usaha yang diambil untuk mengatasi halangan di kawasan berlorek menggunakan bahan grafik yang sesuai. Gunakan kemahiran geografi yang telah dipelajari.

*Usaha yang dipilih perlu seragam dan mempunyai saling kaitan dengan isi-isi halangan calon.

Menebus guna kawasan tanah pamah yang berpaya.
Kawasan tanah pamah yang berpaya bertanih lembut dan sering dinaiki air - tidak berapa sesuai untuk aktiviti pertanian kerana kawasannya yang sangat rendah - tebus guna kawasan paya - misalnya kawasan paya air tawar  ditebus guna untuk penanaman padi

Membina parit atau tali air
Perparitan dibina untuk mengurangkan air bertakung di kawasan tersebut

Membina benteng
  • Benteng dibina di antara kawasan paya dan kawasan penanaman padi supaya dapat menghalang air masin dari masuk ke kawasan penanaman padi.
  • Membina benteng untuk menghalang limpahan air laut/sungai ke daratan.
  • Membina tembok batu di pinggir pantai untuk mengurangkan hakisan ombak.

Menguruskan cerun curam secara terancang
Menanam rumput tutup bumi, membina parit takung dan tembok batu di cerun bukit yang curm untuk mengatasi masalah hakisan tanih.

Membina empangan di hulu sungai
Mengatasi masalah aliran deras sungai - empangan atau kolam air dibina untuk memperlahankan aliran air

Meluruskan aliran sungai
Mengatasi masalah likuan sungai - aliran sungai diluruskan bagi memudahkan pengangkutan


Dapatkan bahan rujukan dan material Kerja Kursus Geografi 2017 - Peta Lakar yang lain di sini.

1 ulasan:

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email