Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Julai 08, 2017

Geografi PT3 2017 - Potensi Kawasan untuk Dimajukan

Pada peringkat ini, calon perlu analisis borang kaji selidik yang telah diedarkan kepada responden. Maklumat yang diperoleh haruslah diterjemah kepada bentuk grafik seperti carta palang atau carta pai. Gunakan kemahiran geografi yang telah dipelajari sebelum ini.

  1. Perhatikan kawasan yang berlorek (kawasan yang berpotensi dimajukan).
  2. Tulis mengenai kawasan tersebut berdasarkan maklumat yang dikumpul melalui borang kaji selidik.
  3. Untuk huraian, jelaskan apa yang menyebabkan kawasan berlorek di dalam peta berpotensi untuk dimajukan. Kaitkan dengan bentuk muka bumi dan faktor-faktor lain seperti jaringan pengangkutan.






Huraikan apa yang perlu dalam beberapa perenggan. Ingat, huraian perlu berdasarkan apa yang terdapat dalam peta lakar iaitu kawasan kajian kamu. Jangan pilih sembarangan isi potensi di atas jika tidak relevan dengan kawasan kajian.


Contoh:
Kawasan tanah pamah yang rata di kawasan X sesuai dimajukan sebagai kawasan petempatan baru. Keadaan bentuk muka bumi begini memudahkan kawasan diteroka dan petempatan baru dibina. Jalan raya dan perumahan mudah dibina di kawasan tanah pamah kerana kosnya lebih rendah. Dengan adanya petempatan baru (pembinaan kondominium atau taman perumahan) akan dapat mengimbangi kepadatan penduduk di kawasan X dan kawasan yang berhampiran. Sebelum ini pola penduduk hanya tertumpu di kawasan Y.

Kawasan ini dekat dengan pelbagai prasarana. Wujudnya jaringan pengangkutan yang baik dan ini menjadikan darjah ketersampaian ke sesuatu destinasi lebih baik dan tinggi. Terdapat juga kemudahan pendidikan (sekolah, taska, kolej dan universiti) dan kemudahan kesihatan (klinik, hospital). Selain itu, banyak deretan kedai, restoran dan pasar raya seperti (nyatakan jika ada) yang dapat memenuhi keperluan harian penduduk. Penduduk tidak perlu keluar atau pergi ke bandar lain untuk membeli-belah.



Dapatkan bahan rujukan dan material Kerja Kursus Geografi 2017 - Peta Lakar yang lain di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email