Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Khamis, Julai 27, 2017

KOMSAS Tingkatan 3 Bawod - Kupasan (Bahagian 2)

KOMSAS Tingkatan 3 Bawod - Kupasan (Bahagian 2)

 

LATAR

Latar Masa
  • Awal pagi
  • Waktu rehat
  • Seminggu yang lalu.
  • Dalam tempoh dua bulan.

Latar Tempat
  • Rumah Beluntung
  • Di sungai
  • Di dalam kelas
  • Di bawah pohon nangka
  • Sekolah Rendah Kerajaan Timbang Pasir 
  • Kelas darjah enam

Latar Masyarakat 
  • Masyarakat sekolah yang terdiri daripada para murid dan guru.
  • Masyarakat kampung - penduduk Kampung Layong.



GAYA BAHASA
  • Sinkope - "Kau lulus nak. Bapa gembira. Kita adakan kenduri."
  • Repetisi - Bawod takut akan air, takut akan hujan.
  • Paradoks - Bapa kata aku boleh jadi cikgu. Akan tetapi aku masih kecil.
  • Inversi - Sambil berjalan, Beluntung berfikir,..
  • Anafora - Beluntung terus berlari mendapatkan Tuyog. Beluntung membayangkan jika Bawod ada, tentulah Tuyog tidak kesunyian.
  • Personifikasi 
Sungai Layong yng mudah banjir itu menerima tetamu.
...menerbangkan air hujan dan menggoyangkan pohon-pohon pisang.
  • Simile 
"Binatang ini seperti manusia, dia sahabat saya,.."
Bawod menjerit-jerit seperti meminta tolong.

NILAI
  • Berdikari
  • Baik hati
  • Tanggungjawab
  • Kebijaksanaan
  • Keberanian
  • Prihatin
  • Kasih sayang
  • Kerjasama

PENGAJARAN
  1. Kita hendaklah gigih dalam mencapai kejayaan dalam pelajaran.
  2. Kita hendaklah menyayangi dan menjaga haiwan peliharaan dengan baik.
  3. Kita mestilah berdikari menguruskan kehidupan harian tanpa menyusahkan ibu bapa.
  4. Kita janganlah meletakkan keperitan hidup sebagai alasan untuk tidak berjaya.
  5. Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu aktiviti kemasyarakatan.
  6. Kita mestilh berani menyertai sebarang aktiviti yang boleh memberikan manfaat kepada diri.
  7. Kita hendaklah amanah dan bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang telah diamanahkan kepada kita.
  8. Kita hendaklah berani dan tegas dalam mempertahankan diri kita.

Dapatkan material rujukan Antologi Bintang Hati yang lain di sini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email