Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, Julai 09, 2017

KOMSAS Tingkatan 3 Bawod - Sinopsis

KOMSAS Tingkatan 3 

Bawod (Janathan Kandok)

Sinopsis 

Beluntung ialah murid tahun 6 Sekolah Rendah Kerajaan Timbang Pasir yang tinggal di kawasan pedalaman. Setiap hari demi ke sekolah, dia perlu menaiki kerbau, Tuyog dan ditemani seekor kambing, Bawod. Rakan-rakannya sering mengejek Beluntung kerana tubuhnya berbau kerbau. Beluntung tidak menghiraukan ejekan-ejekan tersebut kerana tumpuannya adalah untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. Beluntung amat menyayangi kedua-dua haiwan peliharaannya namun dia sukar mengawal Bawod kerana Bawod pernah masuk ke dalam kelas. Beluntung muncul sebagai murid cemerlang sekolahnya apabila keputusan peperiksaan diumumkan. Ayah Beluntung yang gembira dan berbangga dengan kejayaannya ingin mengadakan kenduri kesyukuran. Pada hari kenduri diadakan, ayah Beluntung telah menyembelih Bawod. Beluntung berasa sedih kerana telah menganggap Bawod sebagai sahabatnya.
 
Dapatkan material Antologi - Bintang Hati yang lain di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email