Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, Julai 09, 2017

KOMSAS Tingkatan 3 Senja di Palang Besi - Kupasan

KOMSAS Tingkatan 3 

Senja di Palang Besi (Pena Alam)
Entri Maksud Setiap Rangkap di sini.

Kupasan

TEMAKeperitan dan kesepian yang dilalui oleh seorang banduan yang menjalani hukuman di dalam penjara.

PERSOALAN

  1. Menghargai kebebasan hidup dengan mematuhi undang-undang.
  2. Setiap kesalahan pasti ada hukuman.
  3. Belajar mencari hikmah di sebalik sesuatu perkara yang berlaku.
  4. Kehidupan di sel penjara yang penuh kesunyian dan rasa terasing.
  5. Penyesalan tidak berpenghujung atas kesalahan yang dilakukan.

BENTUK SAJAK
  • Berbentuk bebas.
  • Terdiri daripada tiga rangkap.
  • Jumlah baris setiap rangkap:
Rangkap 1 - 6 baris
Rangkap 2 - 6 baris
Rangkap 3 - 8 baris
  • Bilangan baris pada setiap langkah tidak sama.
  • Bilangan perkataan bagi setiap baris sajak - antara tiga hingga sembilan patah.
  • Jumlah suku kata dalam setiap baris - antara tujuh hingga 18 suku kata.
  • Rima akhir bebas.


NADA - Melankolik

 

GAYA BAHASA

  • Asonansi
pengulangan vokal a
hukuman terhebat hikayat kemanusiaan
bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian
pengulangan vokal u
jauh di balik redup senja yang mula mengundurkn diri


  • Aliterasi
pengulangan konsonan p

tanpa pasir pantai atau silir angin


pengulangan konsonan n

menari mengikat ramah kekosongan
bernyanyi rakus dalam kelu rasa keterkongkongan

  • Metafora - jejari malam, samudera jiwa, kotak tidur
  • Inversi - Pilu wajahmu sang senja
  • Personifikasi - Senja mula menangis
  • Anafora
dalam keterbuangan yang merangkum
dalam keterasingan yang mencengkam
dalam kesakitan yang membungkam

  • Responsi
dalam keterbuangan yang merangkum
dalam keterasingan yang mencengkam
dalam kesakitan yang membungkam

  • Kata ganda - kuntum-kuntum, dedawai


NILAI

  • Kepatuhan
  • Ketabahan
  • Kesabaran
  • Keinsafan
  • Kebebasan
  • Keredaan

PENGAJARAN

  1. Kita hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang negara bagi mengelakkan diri dari dipenjarakan.
  2. Kita hendaklah menghargai nikmat kebebasan hidup yang dikurniai oleh Tuhan.
  3. Kita hendaklah berfikir secara rasional, mengkaji baik buruk dalam membuat sebarang tindakan agar tidak tersilap langkah dan melakukan perkara yang negatif.
  4. Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang kita lakukan.

 

Dapatkan material Antologi - Bintang Hati yang lain di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email