Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Isnin, Julai 24, 2017

KOMSAS Tingkatan 3 Tenang-tenang Air di Tasik - Sinopsis

KOMSAS Tingkatan 3 2017

Tenang-tenang Air di Tasik
Norhashimah Hashim

SINOPSIS

Ibu Muzafar kelihatan seperti tidak berapa suka tatkala Muzafar memaklumkannya bahawa dia akan memimpin sekumpulan peserta yang cacat penglihatan untuk menyertai ekspedisi berkayak. Dia merasakan ibunya seperti menyembunyikan sesuatu perkara. Ketika kedatangan kumpulan tersebut, Muzafar merasai wujud persamaan wajahnya dengan salah seorang peserta yang cacat penglihatan bernama Muzamir. Azizi dan Nurul turut menyedari perkara itu. Semasa berkayak, Muzafar menyelamatkan Muzamir yang terjatuh ke dalam tasik. Dia dapat mengesan suatu hubungan yang kuat antara dirinya dan Muzamir. Malahan, semasa berpisah di akhir ekspedisi, dia semakin kuat merasakan mereka mempunyai pertalian darah. Muzafar menayangkan rakaman video ekspedisi kepada ibunya. Dilihatnya, ibu langsung tidak menonton video itu apabila wajah Muzamir terpapar. Hal ini menguatkan keyakinan Muzafar tentang hubungannya dengan Muzamir.

*Kupasannya akan menyusul nanti.

Dapatkan material Antologi - Bintang Hati yang lain di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email