Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Khamis, Julai 06, 2017

PT3 Geografi 2017 - Latar Belakang Ciri Fizikal dan Ciri Budaya Kawasan Kajian yang Dipilih

PT3 Geografi 2017 
Latar Belakang Ciri Fizikal dan Ciri Budaya Kawasan Kajian yang Dipilih 


Untuk bahagian ini, calon perlu menceritakan secara ringkas mengenai kawasan kajian yang dipilih. Apa yang penting ialah calon perlu memerhatikan ciri fizikal dan ciri budaya kawasan kajian.
  • Ciri fizikal (semula jadi) - misalnya bukit, sungai, tasik, paya, dan hutan
  • Ciri budaya (buatan manusia) - sekolah, petempatan, sawah padi, dan jalan raya.

Maklumat asas yang boleh dikumpul dan dijadikan isi bahagian pengenalan ini:
  • Lokasi kawasan kajian - di mana, berhampiran dengan bandar/kawasan apa, mukim atau daerah mana
  • Latar belakang kawasan kajian sebelum dibangunkan - bekas lombong, bekas ladang getah/kelapa sawit
  • Adakah kawasan kajian merupakan kawasan tumpuan ramai atau kawasan yang agak terpencil. Kawasan kajian dikenali disebabkan apa (nyatakan jika ada sebarang tarikan di kawasan kajian)
  • Dalam menjelaskan ciri-ciri fizikal, perhatikan aspek yang berikut: - bentuk muka bumi - tanah tinggi, tanah pamah, dataran, berbukit, berpaya (*) 
  • Dalam menjelaskan ciri-ciri budaya, perhatikan aspek yang berikut: - jenis petempatan, kemudahan pengangkutan, prasarana lain, kawasan pelanconmgan, beli - belah, pusat pentadbiran, pendidikan dan kesihatan  (*)
(*) Kaitkan dengan aktiviti ekonomi masyarakat setempat (jika berkaitan)


Apabila menulis bahagian ini, tidak perlu tulis terlalu terperinci. Ingat, untuk bahagian ini, kamu perlu memberi penerangan secara kasar mengenai kawasan kajian kamu. Sebaiknya tulis dalam tiga perenggan yang sederhana panjang. (Boleh bincang dengan guru mata pelajaran untuk kepastian mengenai hal ini.)

Tips: Andaikan yang kamu hendak menerangkan mengenai kawasan kajian kamu kepada seseorang yang pertama kali mendengar mengenai kawasan tersebut. Apa perkara penting yang kamu ingin beritahu kepada individu tersebut? 

Dapatkan bahan rujukan dan material Kerja Kursus Geografi 2017 - Peta Lakar yang lain di sini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email