Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Rabu, Julai 05, 2017

PT3 Geografi 2017 Peta Lakar Kawasan Kajian

Dalam melukis sebuah peta lakar rangka, anda harus memilih simbol-simbol yang sesuai.





Klik gambar untuk paparan lebih besar.
Sila rujuk buku teks Tingkatan 1 dan Tingkatan 3 atau mana-mana buku rujukan Geografi Menengah Rendah untuk membantu kamu dengan simbol-simbol peta.

Contoh Peta Lakar

Langkah-langkah Melukis Peta Lakar
  1. Membuat tinjauan atau pemerhatian di kawasan kajian.
  2. Melukis sebuah peta rangka kawasan.
  3. Memilih simbol yang sesuai - simbol fizikal, simbol budaya, warna, dan singkatan perkataan.
  4. Melengkapkan peta dengan tajuk, skala peta, mata angin utara, petunjuk peta dan bingkai (frame) peta.
Rujuk Cara Melukis Peta Lakar di sini.


Cara Melukis Peta Lakar Menggunakan Google Maps

Mentafsir Peta Lakar (Akan dimuat naik kemudian.)


Dapatkan bahan rujukan dan material Kerja Kursus Geografi 2017 - Peta Lakar yang lain di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email