Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Rabu, Julai 05, 2017

PT3 Geografi 2017 Peta Lakar - Pengenalan

PT3 Geografi 2017 Peta Lakar - Pengenalan

Peta merupakan suatu lukisan tentang ciri-ciri geografi di sesuatu kawasan yang dilihat dari udara. Peta digunakan untuk menunjukkan lokasi, taburan ciri fizikal dan budaya sesuatu kawasan yang direkodkan dengan simbol-simbol. 

  • Ciri fizikal (semula jadi) - misalnya bukit, sungai, tasik, paya, dan hutan
  • Ciri budaya (buatan manusia) - sekolah, petempatan, sawah padi, dan jalan raya.

Peta lakar ialah sebuah peta ringkas yang mudah dan cepat dilukis. Peta lakar sebenarnya berasaskan peta topografi tetapi peta topografi lebih kompleks, menggunakan skala yang besar dan pemetaannya lebih terperinci.

Contoh Peta Lakar
Perhatian: Lazimnya, peta lakar tidak memerlukan skala. (Sila bincang dengan guru mata pelajaran kamu untuk kepastian berkenaan hal ini.) Sebaiknya diletakkan skala. Tambahan pula kawasan kajian kecil, jadi tidak menjadi masalah besar untuk menetapkan skala.

Rujukan Lanjut Apa Itu Peta Lakar?

Dapatkan bahan rujukan dan material Kerja Kursus Geografi 2017 - Peta Lakar yang lain di sini.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email