Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Selasa, Julai 04, 2017

Talia dan Raksasa Qadqad, Baik Budi Indah Bahasa (Tingkatan 2) - Kupasan Bahagian 2

Talia dan Raksasa Qadqad (Zaniffa Azzura Abdullah)
Antologi Baik Budi Indah Bahasa

Kupasan Bahagian 2 | Kupasan Bahagian 1 di sini.

Latar

Latar tempat
  • Kawasan Bukit Ungu - Tempat tinggal Talia dan keluarga serta ahli sukunya.
  • Kawasan hutan berhampiran dengan lereng Bukit Ungu bersempadan huma - Tempat Talia bertemu dengan anak Raksasa Qadqad.
  • Rumah Dodo - Tempat Dodo berbincang dengan isterinya, Misa untuk membawa anak mereka, Jini yang sedang demam ke hospital.
  • Stesen kereta api - Tempat Dodo dan keluarganya diherdik oleh Binjah.
  • Kawasan perlombongan - Tempat Binjah dan pekerja lombong diserang oleh Raksasa Qadqad.
  • Hospital - Tempat Dodo membawa anaknya, Jini mendapatkan rawatan dan tempat pekerja lombong yang cedera mendapatkan rawatan.
  • Balai polis - Tempat Sidek membawa Sidek Dodo membuat laporan tentang rancangan Binjah untuk melombong di Bukit Ungu.

Latar Masa
  • Waktu siang - Talia berjumpa dengan anak Raksasa Qadqad yang tercedera  pada waktu siang.
  • Waktu tengah hari - Penduduk orang asli di Bukit Ungu mendengar bunyi kereta api datang dan pergi untuk mengangkut bijih ke bandar.
  • Tempoh tiga hari - Jini mendapat rawatan di hospital selama tiga hari.
  • Waktu matahari tergelincir - Tuk Sibat menghantar dua orang lelaki ke kawasan Bukit Ungu untuk memastikan bahawa keadaan di situ sudah terselamat.

Latar Masyarakat
  • Masyarakat orang asli - Anggota keluarga Talia dan sukunya merupakan masyarakat orang asli yang berpindah-randah, bertani, dan tinggal di kawasan hutan.
  • Masyarakat bandar yang tamak dan kejam - Binjah sanggup bertindak kejam dengan menghalau orang asli untuk mendapatkan kawasan lombong di Bukit Ungu.
  • Masyarakat yang berkonflik dengan alam semula jadi - Binjah telah menebang balak dengan sesuka hati dan ingin melakukan kerja perlombongan di Bukit Ungu sehingga mendorong Raksasa Qadqad menyerang mereka.
  • Masyarakat yang penyayang - Dodo amat menyayangi anak-anak dan isterinya sehingga sanggup menerima tembakan untuk menyelamatkan tempat tinggal mereka.
  • Masyarakat yang kejam dan zalim - Binjah sanggup bertindak kejam dengan membakar pondok orang asli yang terletak berhampiran dengan Bukit Ungu.


Watak dan Perwatakan

Talia
  • Seorang kanak-kanak perempuan berketurunan orang asli.
  • Anak kepada Dodo dan Misa.
  • Bersifat belas kasihan dan suka menolong.
  • Bersahabat dengan Raksasa Qadqad.
  • Seorang yang berani kerana merawat anak Raksasa Qadqad yang tercedera.
  • Sayang akan keluarga dan ahli sukunya.
  • Menghormati ibu dan bapanya.

Raksasa Qadqad
  • Menyerupai seekor katak tetapi lebih besar.
  • Mempunyai sepasang tanduk kecil di kepala dan bertaring.
  • Mempunyai keupayaan melompat tinggi.
  • Mempunyai sepasang mata berwarna kuning beriris hijau.
  • Menjadi penghuni dan penjaga hutan di Bukit Ungu.
  • Menyelamatkan orang asli sewaktu Binjah ingin memusnahkan kampung mereka.
  • Mengenang budi kerana telah menyelamatkan Talia dan keluarganya.

Dodo
  • Ayah kepada Talia dan Jini.
  • Isterinya bernama Misa.
  • Seorang yang penyayang kerana sanggup mempertahankan keluarga dan kampungnya daripada diancam oleh Binjah dan pengikutnya.
  • Bertanggungjawab kerana bersusah payah membawa anaknya yang sedang demam untuk mendapatkan rawatan di hospital.
  • Sanggup berkorban untuk menjamin keselamatan anggota keluarganya.

Binjah
  • Seorang saudagar yang tamak kerana cuba memusnahkan kampung orang asli untuk mendapatkan hasil buminya.
  • Kejam dan tidak bertimbang rasa kerana sanggup menyerang dan membakar rumah orang asli.
  • Mementingkan kekayaan semata-mata tanpa memikirkan kepentingan alam semula jadi.
  • Terkorban bersama-sama dengan pengikutnya sewaktu diserang oleh Raksasa Qadqad.

Sidek
  • Bekerja dengan Binjah.
  • Membantu Dodo membawa anaknya yang sakit ke hospital.
  • Membuat aduan di balai polis berkaitan dengan rancangan Binjah yang mahu memusnahkan kampung orang asli di sekitar Bukit Ungu.
  • Menyebelahi puak orang asli sewaktu Binjah cuba memusnahkan kampung mereka.

Tuk Sibat
  • Ketua suku kaum orang asli.
  • Ketua yang bertanggungjawab kerana sanggup menentang Binjah yang ingin memusnahkan kampungnya.
  • Berani menentang Binjah dan pengikutnya sewaktu mereka datang mengganggu tempat tinggal sukunya.

Gaya Bahasa
  • Penggunaan ayat-ayat pendek. 
"Kita ke bandar" ujar Dodo.
"Nak ke mana?"
"Benda ungu apa ini?" soalnya.

  • Penggunaan ayat-ayat panjang. 
Talia sedang bermain sendirian di sempadan huma, berdekatan dengan hutan di lereng BUkit Ungu apabila dia terdengar rengekan ganjil.

Walaupun belum semusim berkampung di situ, semua orang dapat melihat betapa gemuknya padi mereka, seolah-olah buminya berkhasiat ajaib.

...Seperti ramai yang lain, Binjah terlalu jahil akan perihal hubungan Talia dengan Qadqad yang telah bersemi di sempadan huma beberapa bulan yang lalu.

  • Kata Ganda
"Apa tumpang-tumpang?!" Kau fikir kereta api ni untuk bersuka ria?'
Dodo dan Misa berlari terkontang-kanting mendukung anak-anak.
Jentera-jentera berat yang menumbangkan pokok-pokok ceruyu tampak kecil di hujung jalan.
Dari celah-celah rimbunan hijau yang rebah-rempah itu, Talia merasai sesuatu yang ganjil.

  • Simile
gempal macam disumbat air
bagaikan cincin melingkari gunung.
bagaikan bola bertanduk yang terbang laju.
bagai butir gula dihurungi semut manusia.

  • Personafikasi
...lingkaran reben hijau kuning itu kembali ditelan hutan belantara.
Matahari mula tergelincir tatkala Tuk Sibat menghantar dua orang lelaki...

  • Sinkope
"Kami ada padi saja."
"Kalau begitu, melombong di pinggir hutan saja...tanahnya ungu juga," saran Dodo.
"...Tapi tentulah Tuk Sibat tak mahu terima arahan itu," ujar Sidek, menyambung cerita.
"Orang tua degil! Aku bagi peluang, kau tak mahu berambus!"

  • Dialek daerah
Bibir Jini kering mengeruping. 
Dua tangannya masih berselupat dengan tanah, sampai di bawah hujung-hujung kukunya habis berubah ungu.

  • Repetisi
"Ini, di tangan, di kuku, di kaki, di rambut..."
"Tanah, Talia main tanah tadi," sambut Dodo, bingung.

  • Inversi
Lewat petang hari yang sama, sampailah mereka di destinasi.
...Di bandar, Sidek menguruskan perjalanan mereka ke hospital bersama-sama dengan pekerja lombong yang cedera.
...Terlalu yakin mereka bahawa tanah ungu itu dapat dijadikan peluru bagi menewaskan Raksasa Qadqad.


Nilai
  • Baik hati. Contohnya, Talia menolong dan merawat anak Raksasa Qadqad yang tercedera pada bahagian kepalanya.
  • Kasih sayang. Contohnya,  Dodo amat menyayangi keluarganya. Dia sanggup bersusah payah menghantar anaknya, Jini ke hospital yang yang terletak di bandar untuk mendapatkan rawatan.
  • Keberanian. Contohnya, Dodo berani menentang kekejaman Binjah yang ingin merampas kawasan tempat tinggal sukunya.
  • Kegigihan. Contohnya, Tuk Sibat gigih berusaha untuk mempertahankan perkampungan sukunya daripada dirampas oleh Binjah.
  • Tanggungjawab. Contohnya, Dodo dan Misa bertanggungjawab menjaga anak-anak mereka sewaktu Raksasa Qadqad datang menyerang kawasan lombong.
  • Tolong-menolong. Contohnya, Sidek memberikan pertolongan kepada keluarga Dodo dengan menumpangkan mereka pulang dari bandar menggunakan kereta api yang dipandunya.

Pengajaran
  • Kita haruslah mempunyai belas ihsan dan bersimpati dengan semua makhluk yang berada di sekeliling kita.
  • Kita mestilah menyayangi anggota keluarga supaya  dapat hidup dengan selesa dan harmoni.
  • Kita harus berani mempertahankan hak kita meskipun adakalanya terpaksa mengorbankan diri.
  • Sebagai ketua yang bertanggungjawab, kita mestilah mempertahankan hak anak-anak buah kita daripada dirampas oleh pihak luar.
  • Kita haruslah memberikan pertolongan kepada orang yang sedang berada dalam kesusahan.
  • Kita hendaklah memelihara alam semula jadi supaya kehidupan manusia akan lebih terjamin dan selamat.

Dapatkan material Baik Budi Indah Bahasa yang lain di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email