Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, Januari 14, 2018

Jawaban Latihan Kesalahan Bahasa - Set 2 Latihan 6

Jawaban Latihan Kesalahan Bahasa - Set 2 Latihan 6

Rujuk entri soalan latihannya di sini.




Jawaban:

1. Kesalahan penggunaan kata sendi.
...di setiap petang. 
...pada setiap petang. 

2. Kesalahan penggunaan kata tanya 'bila' menggantikan kata hubung 'apabila'.
"Bila kamu ada masa,..
"Apabila kamu ada masa,.. 

3. Kesalahan penggunaan kata tanya 'siapa' menggantikan kata ganti nama tidak tentu 'siapa-siapa'.
Siapa yang tidak dapat,..
Siapa-siapa yang tidak dapat,..


4. Kesalahan penggunaan kata bilangan pisahan.
...tiap pagi.
...tiap-tiap pagi/setiap pagi.

5. Kesalahan penggunaan kata ganda 'kusut-masai'. Kusut-masai bermaksud sangat kusut. Jadi frasa 'sangat kusut-masai' dikira lewah.
...sangat kusut-masai.
...sangat kusut/ sangat kusut-masai.

6. Kesalahan penggunaan kata ganda.
Semua dedaun kering,..
Semua daun kering,..

7. Kesalahan penggunaan kata. 'Para' tidak perlu digandakan menjadi 'para-para' kerana akan membawa maksud lain. 'Para-para' bermaksud rak.

...para-para usahawan kecil.
...para usahawan kecil.

8. Kesalahan penggunaan kata sendi 'di'. 'Di dalam' digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya manakala 'dalam' pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam usaha dan dalam fikiran.
...di dalam usaha untuk,..
...dalam usaha untuk,..


Semak jawapan dan dapatkan latihan kesalahan bahasa yang lain di sini

Cuba buat latihan-latihan di bawah juga. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email