Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Isnin, Julai 24, 2017

Ulasan UPSR - Kegunaan Pokok Kelapa

Soalan:
Rajah di bawah menunjukkan cara-cara untuk menjaga kesihatan diri.
Tulis ulasan tentang kegunaan pokok kelapa.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.



Contoh kerangka jawapan:

Pokok kelapa mempunyai banyak kegunaan - hampir setiap bahagian pokok kelapa boleh digunakan

Antaranya - daun pokok kelapa - anyam menjadi sarung ketupat - bahagian lidi - lidi sate - hidangan istimewa pada hari raya
Air kelapa muda - enak rasanya - minuman pilihan yang menyegarkan - hilangkan dahaga
Isi kelapa tua - diparut dan diperah - santan - digunakan dalam pelbagai masakan
Sabut dan tempurung kelapa - dibuat berus sabut dan dijadikan hasil kraf yang menarik

Pokok yang mempunyai banyak fungsi - sangat berguna dalam kehidupan seharian


Dapatkan Latihan Ulasan UPSR yang lain di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email