CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.


Sertai Kami

Rabu, Mac 20, 2013

Literature Form 2 - I Wonder


I Wonder

I wonder why the grass is green,
And why the wind is never seen?

Who taught the birds to build a nest,
And told the trees to take a rest?

O, when the moon is not quite round,
Where can the missing bit be found?

Who lights the stars, when they blow out,
And makes the lightning flash about?

Who paints the rainbow in the sky,
And hangs the fluffy clouds so high?

Why is it now, do you suppose,
That Dad won't tell me, if he knows?

Jeannie Kirby


Type of Poem
A nature poem.

Subject Matter
An observant child asking questions on natural happenings in Nature but getting no answer from his father.

Title
  • Reflects the child's curiosity about what is happening around him.
  • Shows the sense of wonder and admiration for the power and beauty of nature.

Voice
It is the voice of a child (Poet is the persona and the speaker.)

Devices
  • Fixed rhyme pattern for each stanza. (aa, bb, cc, dd)
  • Personification - trees take a rest
  • Images of Nature - green grass, moon, stars, fluffy clouds, rainbow
  • The use of the senses.
            (i)  See - birds/nest, green grass, moon, trees, lightning
            (ii) Touch - wind, fluffy clouds

Language
  • The language used is simple and the questions posed are direct.
  • WH-words question tags are used to ask questions.
  • Each stanza contains at least one or two questions.
  • There are altogether 10 questions but no answer is given to the questions.

Tone
The tone is one of earnestness, the speaker really wants to know about something.

Mood
  • A thoughtful mood because the speaker is full of wonder.
  • He is optimistic about finding some answers.
  • He sounds a bit disappointed when his father didn't answer any of his questions.

Themes
  • The wonder and beauty of Nature.
  • The power of the Creator.
  • The child's ability to feel wonder and joy in simple experiences.
  • Some things are too complex for a child to understand, (for instance some natural phenomena can only be explained in scientific terms).
  • We need to stop, look and enjoy the surroundings.

Moral Values
  • We should not lose the sense of wonder as we grow older.
  • We should appreciate Nature.
  • We should be aware of our surroundings.




Selasa, Mac 19, 2013

Kerangka Karangan - Memenuhi Undangan Rumah Terbuka Guru



Soalan:
Sewaktu sambutan Hari Raya Puasa yang lalu, anda telah mengunjungi rumah terbuka guru kelas anda. Gambarkan suasana di rumah terbuka itu.
Pendahuluan
  • Hari Raya Puasa – diundang oleh guru – pergi bersama – sama dengan beberapa orang kawan - teruja - masing-masing memakai baju raya

Isi – isi
  • tiba kira – kira jam 2.30 petang – sebuah khemah besar di halaman rumah – kerusi siap diatur – beraneka makanan sedia terhidang - ketupat palas, rendang, lontong, lemang dan biskut raya
  • banyak tetamu yang hadir – pelbagai kaum – hati tercuit melihat pelbagai gelagat tetamu - bertemu dengan rakan kelas yang lain - menikmati makanan bersama-sama
  • suasana meriah – lagu – lagu hari raya berkumandang – tetamu silih berganti – guru sibuk melayan tetamu
  • sempat berbual dengan guru kelas dan guru – guru yang lain – suasana begitu harmoni dan mesra – sebelum pulang, guru memberikan sampul berisi wang

Penutup
  • berterima kasih kepada guru - sudi mengundang kami - pengalaman yang menarik – mengeratkan hubungan antara guru dengan pelajar

Kerangka Karangan - Pengalaman Bekerja Semasa Cuti Sekolah



Soalan:
Semasa cuti persekolahan yang lalu, anda berpeluang bekerja di sebuah kilang. Ceritakan pengalaman anda ketika bekerja di kilang tersebut.
Pendahuluan
  • cuti persekolahan – bekerja di kilang biskut – bersama rakan – mengisi masa lapang sambil mencari duit poket

Isi – isi
  • pertama kali bekerja – gaji RM20 sehari – sudah mula membayangkan keseronokan apabila menerima gaji
  • hari pertama bekerja – ditugaskan untuk memasukkan biskut ke dalam tin – mula – mula terasa kekok dan lambat – ditegur oleh penyelia kilang - terus mencuba agar dapaty laksanakan kerja dengan lebih baik - alah bisa tegal biasa
  • minggu kedua bekerja – semakin seronok – semakin mahir dengan tugasan yang diberi - kerja lebih cepat – kurang ditegur oleh penyelia -  mendapat kenalan baru – selalu meluangkan masa bersama mereka ketika waktu rehat  - pelbagai peringkat umur - ada juga beberapa orang pelajar yang turut bekerja separuh masa
  • pekerja senior banyak memberikan nasihat – berjimat dalam berbelanja – jangan lupa pengorbanan ibu dan bapa
  •  minggu ketiga - berpeluang membuat kerja lebih masa - kilang mendapat tempahan biskut - pulang lewat daripada biasa - benar-benar keletihan - mula faham pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa yang mencari rezeki demi menampung keperluan kami sekeluarga

Penutup
  • mendapat gaji pertama – seronok dan teruja – belikan adik kuih – membeli majalah kegemaran untuk diri sendiri -  bakinya diserahkan kepada ibu untuk disimpan

Kerangka Karangan - Punca atau Sebab Remaja Suka Membuang Masa dengan Sia-sia



Soalan:
Kebanyakan remaja masa kini lebih suka membuang masa dengan sia – sia seperti melepak di kompleks beli – belah, lumba haram dan sebagainya. Bincang sebab – sebab hal ini berlaku.

Pendahuluan
  • masih ada remaja yang bergelandangan di mana – mana tanpa arah tujuan – membazir masa

Isi – isi
  • pengaruh rakan – mempengaruhi sikap dan pemikiran remaja – bersaing untuk menunjukkan kebolehan tersendiri seperti berlumba haram – ingin menjadi popular
  • masalah keluarga – hubungan renggang, tidak tenteram, tertekan – ingin keluar untuk mencari kesenangan kononnya - untuk menghilangkan tekanan
  • faktor persekitaran – kompleks beli – belah banyak kemudahan – alat permainan video banyak – melalaikan para remaja - ada yang suka bertaruh menunjukkan kebolehan atau bakat – membazir
  • sikap masyarakat dan pihak berkuasa – tidak ambil peduli akan tingkah laku remaja – tiada peraturan yang melarang melepak atau berfoya – foya – malah, ada pihak berkuasa yang dicabar remaja
  • tidak pandai menghargai masa - remaja tidak sedar akan kepentingan masa - tidak endah akan kesan/akibat membuang masa 

Penutup
  • remaja perlu bijak membahagikan masa – ceburi aktiviti yang berfaedah/bermanfaat - masa itu emas



Isnin, Mac 18, 2013

Novel Merenang Gelora - Gaya Bahasa


Personifikasi
Contoh:
  • ketakutan menerpa dalam hatinya
  • matanya tajam menikam wajah Taufik
  • penyesalan hinggap di hati Nadira
  • perasaan malu menyelimuti diri Badri
  • ombak memukul pantai

Simile
Contoh:
  • garang macam singa
  • dia terasa seperti hendak meraung
  • kejadian itu bagai mimpi ngeri yang susah dilupakannya
  • Langkahnya terasa berat seperti sedang memikul beban yang amat besa
  • Antara kau dengan Shahrul macam burung gagak dengan kapal terbang
.
Repetisi
Contoh:
  • "Aku tak bermaksud begitu, Taufik. Aku tak pernah gilakon Nadira. Aku tak pernah juga bermaksud untuk menyakitkan hati Siew Mei".
  • "Dia benar-benar bencikan kau. Dia merasakan kau sabagai batu penghalang kegiatannya. Dia juga menyatakan dalam hati kecilnya, sebenarnya dia mencemburui kau".

Peribahasa
Contoh:
  • lepas tangan
  • buah hati
  • buah mulut
  • mengadu untung
  • terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata inilah padahnya
  • memulangkan paku buah keras
  • macam pinang dibelah duabiar pecah di perut jangan pecah di mulut
  • menang jadi arang kalah jadi abu

Sinkope
Contoh:
  • "Apa tengok-tengok? Tak puas hati? Bob, pengawas baharu tak puas hati dengan engkau. Dia nak pukul engkau tu. Jaga Bob! Lari Bob!"

Hiperbola
Contoh:
  • dengan kemarahan yang menggunung;
  • seribu penyesalan bertakhta dalamm sanubari Badri
  • taufan maha besar yang menguji kesabaran mereka

Metafora
Contoh:
  • lembah hina

Bahasa lnggeris
Contoh:
  • race
  • best
  • enjoy
  • understanding