Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Jumaat, Oktober 14, 2011

Kerangka Karangan - Pemakanan Seimbang

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.


Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Soalan:
Kamu dan rakan sedang menikmati makanan di kantin. Sambil makan, kamu berbual – bual tentang makanan seimbang. Tulis perbualan kamu itu selengkapnya.




Pendahuluan:
  • sedang menikmati makanan di kantin sekolah – berbual – bual tentang pemakanan – makanan seimbang penting – diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran yang sihat

Isi – isi:
  • maksud makanan seimbang – makanan berkhasiat – terdiri daripada karbohidrat, protein, vitamin dan zat – zat lain - pengambilan makanan seimbang bermaksud - mengambil makanan bergizi yang cukup untuk keperluan tubuh
  • jenis – jenis makanan berkhasiat - makanan yang mengandungi karbohidrat - memberi tenaga (beri contoh yang sesuai) - protein untuk tumbesaran dan membina tisu-tisu dalam badan (beri contoh yang sesuai) banyakkan makan sayur dan buah – vitamin untuk mencegah serangan penyakit - susu - untuk keperluan kalsium tubuh
  • amalkan mengambil makanan secara teratur dan seimbang - rancang menu yang sihat - jauhi makanan ringan (beri contoh yang sesuai) yang tidak elok untuk kesihatan
  • kebaikan mengambil makanan yang berkhasiat - tumbesaran lebih sempurna - zat makanan cukup - dapat mengelakkan penyakit
  • mengelakkan pemakanan yang berlemak, bergula atau terlalu berkanji – tidak mengawal pemakanan akan mengakibatkan penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit buah pinggang – membaca risalah kesihatan dan pemakanan yang sihat – sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital

Penutup:
  • waktu rehat tamat – minta diri – masuk ke kelas – menyambung pembelajaran – mengucapkan selamat tinggal


*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.


Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.