Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Ada sesetengah nota dan bahagian yang tidak lengkap.

Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Mei 04, 2019

Jawapan Latihan Kesalahan Bahasa Set 2 Latihan 10



Muat turun latihannya di sini.

Jawaban:

1.     Penunggang-penunggang motosikal itu saling potong-memotong untuk memenangi perlumbaan itu. saling memotong/potong-memotong

2.     Goreng cempedak yang saya beli di warung itu petang semalam sungguh rangup. Cempedak goreng

3.     Pendapat Pak Cik Munif yang tidak seberapa tidak cukup untuk menampung kos rawatan isterinya yang menghidap penyakit jantung. pendapatan

4.     Budak perempuan yang berbaju biru itu tidak adik saya. bukan

5.     Para remaja dinasihati agar tidak mudah terpengaruh tentang gaya hidup yang tidak sihat. dengan

6.     Jangan ada siapa pun yang mempercayai kata-kata lelaki itu kerana apa-apa yang diceritakan palsu belaka. diceritakannya

7.     "Lebih sedap rasanya kalau gulai ini kami tambahkan sedikit garam," kata nenek kepada Aina. kamu

8.     Kerja-kerja pedalaman sungai itu dijalankan dengan segera untuk mengelakkan masalah banjir pada musim tengkujuh. pendalaman



Selamat Menelaah!


Ulang kaji dengan dapatkan latihan kesalahan bahasa (berserta jawapan) yang lain di sini

Cuba buat latihan-latihan di bawah juga. 


Isnin, Mac 11, 2019

Kerangka Karangan - Kebaikan Pembelajaran Koperatif | Faedah Koperasi Sekolah

Contoh soalan:
Pembelajaran koperatif dapat memupuk semangat bekerjasama dan menggalakkan ahli-ahli berinteraksi secara positif.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

Pendahuluan:
  • pembelajaran koperatif di sekolah - banyak kebaikan kepada pelajar - sebagai ahli koperasi, pelbagai manfaat yang dapat diperoleh

Isi-isi:
  • Memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar - asas perniagaan - apa itu koperasi dan bagaimana sebuah koperasi dijalankan
  • Interaksi positif sesama ahli dapat dijana - pupuk skil kepimpinan, semai tanggungjawab dalam diri pelajar
  • Mengembangkan pemikiran kritis - ahli merangsang minda - idea-idea yang baharu - kebaikan dan kemajuan koperasi.
  • Ahli lebih aktif - belajar bertolak ansur -  bekerjasama menyelesaikan masalah.

Penutup: 
  • pembelajaran koperatif perlu diteruskan - membimbing pelajar menjadi lebih berkemahiran - dedahkan pelajar - dunia baharu - pembelajaran di luar bilik darjah




Rabu, Oktober 03, 2018

Jawapan Latihan Kesalahan Bahasa Set 2 Latihan 9


Dapatkan soalan latihan di sini.


Jawapan:










Ulang kaji dengan dapatkan latihan kesalahan bahasa (berserta jawapan) yang lain di sini

Cuba buat latihan-latihan di bawah juga. 


Follow by Email